Malaysia Oversight

Media bahasa Cina salah lapor Tiong mohon maaf

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 2 minute
Media bahasa Cina salah lapor Tiong mohon maaf


Kontroversi berkaitan isu minuman keras baru-baru ini semakin hangat apabila kebanyakan media berbahasa Cina tersilap melaporkan penjelasan yang diberikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing di Parlimen.

Hampir semua akhbar utama berbahasa Cina secara tidak tepat melaporkan bahawa Tiong telah memohon maaf berhubung majlis makan malam yang dihadirinya, di mana alkohol dihidangkan.

Antara media yang menyiarkan laporan itu ialah Sin Chew Daily, Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Daily, serta edisi berbahasa Cina The Malaysian Insight dan Malay Mail Online.

Berita Mandarin 8TV dan stesen radio 988 turut tersalah lapor tentang “permohonan maaf” itu di laman Facebook masing-masing.

Laporan-laporan tersebut mencetuskan beberapa hantaran daripada bekas Exco , Teng Chang Khim – yang lantang bersuara dalam isu ini – mempersoalkan “permohonan maaf” Tiong yang didakwa dibuat.

Terdahulu hari ini, Tiong mengakui dia tersilap kerana tidak memaklumkan bahawa acara Global Travel Meet anjuran Tourism Malaysia pada 1 Oktober lalu sebenarnya dikendalikan oleh pihak swasta dan bukan .

9ee4be6f4f535b67a2e5667afa73f26d

Dia menyatakan kekesalan atas sebarang “kekeliruan atau salah faham” yang mungkin menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai.

“Saya buat kesilapan kerana logo di sana masih tunjuk (tertera) Tourism Malaysia, bawah (dalam dewan) semua pemain industri. Acara makan malam itu bukan rasmi, ia adalah acara ‘private’. (Jadi) pekeliling tidak terpakai dan isu minimum beralkohol tak sepatutnya timbul.

“Namun saya dan Motac dengan penuh tanggungjawab menyesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang menimbulkan segala kesulitan. Segala yang timbul amat dikesali,” kata Tiong di Parlimen.

d95d7b31a7f209d0b224c7c5398c5566

Apabila dihubungi, pejabat Tiong mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa menteri itu tidak pernah mengeluarkan permohonan maaf, bertentangan dengan laporan media berbahasa Cina.

Dua hari lalu, Perdana Menteri Ibrahim memberi peringatan tegas kepada Tiong dan menyatakan bahawa dia tidak menerima penjelasan Tiong bahawa majlis makan malam gala itu bukan “majlis ”.



Source link