Malaysia Oversight

Aktivis pro-Palestin berhimpun di mahkamah sokong rakan

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 2 minute
Aktivis pro-Palestin berhimpun di mahkamah sokong rakan


Beberapa aktivis pro-Palestin bersama penyokong mereka berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi selepas menjangkakan dua rakan mereka akan didakwa berhubung protes di Kedutaan Amerika Syarikat minggu lalu.

Bagaimanapun jurucakap kumpulan itu, Kamal Aarif K berkata, mereka dimaklumkan beberapa jam sebelum itu bahawa kes berkenaan belum difailkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kepada timbalan pendakwa raya.

“Kami diarahkan hadir, tapi rupa-rupanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju tak fail pun kes kami.

“Jadi kehadiran kami ke sini macam tak ada fungsi, seolah-olah hanya untuk menyusahkan,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

092584648b5d5bcedccb6b78add06537

Kamal mendakwa mereka juga dihalang oleh pihak berkuasa daripada membawa sebarang plakad atau memakai keffiyeh di perkarangan mahkamah, yang disifatkannya sebagai bercanggah dengan pendirian rasmi Malaysia yang menyokong Palestin.

“Ini menunjukkan bagaimana institusi di Malaysia menghalang kami daripada menunjukkan solidariti dengan Palestin, walaupun kononnya pro-Palestin,” katanya.

Dakwa dikasari polis

Mengimbas semula insiden dalam protes aman di kedutaan AS pada 2 Okt lalu, Kamal berkata berlaku kekasaran dan penahanan terhadap beberapa aktivis.

Dia mendakwa kejadian bermula apabila polis menghalang peserta menggunakan laluan pejalan kaki, menyebabkan mereka terpaksa bergerak ke atas jalan raya.

6767318fec5fb1ea12a8a55297d1ae42

“Ketika itulah insiden tolak-menolak dan kekasaran berlaku yang menyebabkan beberapa aktivis cedera dan terjatuh di atas jalan.

“Kami berunding untuk guna laluan pejalan kaki sebab ada warga emas dan orang kurang upaya, tapi polis blok kedua-dua sisi, akhirnya kami terpaksa bergerak ke jalan utama dan dari situ keadaan mula tegang,” katanya.

Kamal juga mendakwa dia bersama seorang lagi aktivis yang hanya dikenali sebagai Nama, ditahan secara kasar.

“Saya lihat lima hingga enam polis menahan Nama secara tiba-tiba. Saya cuba rakam kejadian tapi mereka rampas telefon saya, tarik saya ke tanah dan gari tangan saya di belakang,” katanya.

Kamal mendakwa da turut diseret ke dalam trak Black Maria tanpa memakai kasut, sebelum dibawa ke Balai Polis Pudu dan kemudiannya ke IPD Wangsa Maju, di mana dia ditahan tanpa sebarang rekod selama lebih enam jam.

Dia juga mendedahkan rakaman video mereka isoal siasat dimuat naik ke aplikasi TikTok dipercayai oleh seorang pegawai penyiasat bernama Nazirul, tanpa kebenaran dan tanpa menutup wajah mereka.

Sementara itu, seorang rakan aktivis bernama Fedya, berkata, sebahagian anggota polis yang melakukan tangkapan tidak memakai uniform dan enggan menunjukkan kad kuasa atau nombor anggota apabila diminta.

“Kami minta kad kuasa, tanya dari IPD mana, tapi mereka senyap saja. Ada yang berpakaian biasa, jadi sukar nak kenal pasti siapa yang tangkap kami,” katanya.



Source link