Malaysia Oversight

Discord Menganggarkan Seramai 70 Ribu Pengguna Terkesan Isu Kecurian Data Identiti

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Nepal Melantik Pemangku Perdana Menteri Menggunakan Discord


Discord Menganggarkan Seramai 70 Ribu Pengguna Terkesan Isu Kecurian Data Identiti

October 9, 2025
Aplikasi

Nazrin

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa sebuah syarikat perkhidmatan pelanggan yang berkhidmat untuk syarikat platform permesejan gamer Discord telah digodam, dan sejumlah butiran peribadi pengguna nampaknya telah dicuri.

Terkini, Discord nampaknya telah mengesahkan bahawa kad pengesahan identiti seramai 70 ribu pengguna platform tersebut juga telah dicuri dalam insiden tersebut, dan perkara ini diperlihatkan melalui kenyataan mereka yang dikemaskini baru-baru ini.

Discrod

Menurut Discord, gambar kad pengesahan identiti ini secara lazimnya digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan pertikaian identiti pengguna, kerana Discord hanya boleh digunakan oleh mereka yang berumur 13 tahun dan keatas sahaja.

Mereka juga mengatakan bahawa semua individu yang terkesan dengan kes kecurian identiti ini telah diberitahu tentang apa yang berlaku, dan pihak Discord kini dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Kumpulan penggodam yang kini memiliki butiran-butiran tersebut mengatakan bahawa mereka mempunyai sebanyak 2,185,151 gambar-gambar ID ini, tetapi pihak Discord mengatakan bahawa angka yang diberitahu tidak sebanyak itu, dan ia hanya dikatakan sedemikian untuk mendapatkan jumlah wang yang lebih banyak.

Discord

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link