Malaysia Oversight

Yes Mula Menawarkan Akses 5G Advanced Kepada Para Pelanggan – Pertama Di Malaysia

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Yes Mula Menawarkan Akses 5G Advanced Kepada Para Pelanggan – Pertama Di Malaysia


Yes Mula Menawarkan Akses 5G Advanced Kepada Para Pelanggan – Pertama Di Malaysia

October 9, 2025
Telekomunikasi

Aman

Yes, salah satu rangkaian telekomunikasi popular di Malaysia, hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan akses rangkaian 5G Advanced atau 5G-A untuk para pelanggan Yes. Seperti biasa, penawaran ini bermula di Lembah Klang terlebih dahulu, dan akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh Malaysia. Pengenalan ini juga menjadikan Yes yang pertama di Malaysia menawarkan rangkaian termaju tersebut kepada pelanggan mereka.

5G NSA ke 5GA

5G Advanced hadir dengan beberapa kelebihan berbanding rangkaian 5G sedia ada, termasuk sokongan lebih baik di dalam bangunan, penambah-baikkan pada kadar pendam, selain pengawalan trafik penggunaan data dengan lebih baik lagi berasaskan perkhidmatan. Yes turut menekankan penawaran ini adalah lebih baik berbanding 5G SA.

Yes mengatakan semua pelanggan Yes 5G Postpaid dan juga Wireless Broadband akan dinaik-taraf kepada sokongan 5G Advanced ini bermula hari ini secara automatik. Namun, untuk pengguna perlu mempunyai peranti yang menyokongnya.

Melalui halaman rasmi Yes, mereka menyenaraikan beberapa peranti daripada Xiaomi, Samsung, Vivo, Honor, ZTE dan Nothing yang menyokong rangkaian 5G Advanced ini. Bagi anda yang menggunakan Yes dan menggunakan peranti berkenaan, boleh mencuba rangkaian termaju 5G ini hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link