ChatGPT Go Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM39 Sebulan
Aman
OpenAI kini telah mula memperluaskan penawaran ChatGPT Go untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk melanggan dan menggunakan sejumlah ciri-ciri tambahan pada ChatGPT dengan langganan lebih rendah. Di Malaysia, ChatGPT Go ditawarkan pada harga RM38.99 sebulan.
ChatGPT Go menawarkan akses kepada GPT-5, selain sokongan untuk memori lebih besar, konteks lebih panjang berbanding pengguna percuma, akses kepada ciri penaakulan, sokongan ChatGPT Projects dan GPT yang dibangunkan pengguna lain, serta sokongan permesejan lebih panjang.

Penawaran ChatGPT Go membawakan sokongan lebih meluas berbanding pengguna versi percuma, tetapi akses dihadkan berbanding pengguna ChatGPT Plus. Akses kepada Sora dan Codex untuk pengaturcaraan dihadkan untuk pengguna versi ChatGPT Plus sahaja buat masa ini.
Bagi pengguna yang berminat, anda boleh melanggan ChatGPT Go melalui laman rasmi atau aplikasi mudah-alih bermula hari ini pada harga RM38.99 sebulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






