Malaysia Oversight

Mozilla Menambah Sokongan Profil Pada Firefox – Memudahkan Anda Mengasingkan Pelayaran Mengikut Penggunaan

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Mozilla Menambah Sokongan Profil Pada Firefox – Memudahkan Anda Mengasingkan Pelayaran Mengikut Penggunaan


Mozilla Menambah Sokongan Profil Pada Firefox – Memudahkan Anda Mengasingkan Pelayaran Mengikut Penggunaan

October 9, 2025
Perisian

Aman

Mozilla kini mengumumkan ciri terbaru yang akan ditawarkan pada Firefox bermula minggu hadapan, iaitu sokongan profil pada Firefox. Dengan langkah ini, pengguna boleh mencipta ruangan berbeza untuk setiap profil, sekaligus mengasingkan pelayaran mengikut penggunaan berbeza.

Setiap profil akan hadir dengan ruangan simpanan penanda web, sejarah pelayaran, data log masuk, tema dan lain-lain. Ini sekaligus memudahkan lagi anda lebih fokus ketika pelayaran.

Firefox Profil

Sebagai contoh, anda boleh mencipta profil untuk bekerja, berhibur, dan belajar. Seterusnya, setiap tab pelayaran tidak akan menganggu pelayaran untuk tujuan lain, dan anda hanya perlu menguruskan dan memilih profil yang sesuai ketika melakukan tujuan berkenaan. Sokongan profil ini juga sangat berguna sekiranya anda berkongsi peranti dengan ahli keluarga atau rakan-rakan lain.

Mozilla menekankan ciri profil pada Firefox ini turut mengutamakan privasi. Mozilla dijangka menawarkan kemaskini ini pada Firefox bermula 14 Oktober 2025 kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link