Malaysia Oversight

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Dilancarkan Pada Harga RM2499

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Dilancarkan Pada Harga RM2499


Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Dilancarkan Pada Harga RM2499

October 8, 2025
Lain-lain
Realme

Effi Saharudin

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition dilancarkan di Belfast, Ireland Utara sebentar tadi dengan ia ditawarkan dengan pelbagai ciri menarik selari dengan tema siri TV popular HBO. Ia masih hadir dengan skrin 6.8-inci HyperGlow 4D Curve+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak sehingga 6500 nit.

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Realme x GoT Edited 12

Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, memori sebesar 12GB RAM, storan 512GB dan bateri gergasi 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Kamera utama menggunakan sensor Sony IMX896 50MP dengan OIS dan kamera ultra lebar 50MP. Sementara itu kamera swafoto juga sebesar 50MP

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Realme x GoT Edited 9

Kamera mempunyai mod seperti AI Edit Genie, AI Party Mode, AI Landscape, 2K Live Photo, dan AI Glare Remover untuk hasil gambar yang lebih kreatif. Kerana ia peranti bertemakan GoT, terdapat dua penuras gambar khas iaitu Northland Filter dan Kingdom Filter. Northland membuatkan gambar nampak seperti di musim salji di Winterfell sementara Kingdom pula memberikan seakan mengambil gambar di Sunspear.

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Realme x GoT Edited 10

Keunikan peranti ini terletak pada rekaan fizikal yang kini mempunyai pelbagai sentuhan Game of Thrones. Tubuh dengan kemasan berwarna emas memberikan ciri kemewahan keluarga Lannister. Panel belakang pula dengan kemasan seakan kulit naga yang berubah warna daripada hitam Targaryen menjadi merah Lannister apabila panas. Cap mohor naga Targaryen turut terpampang kemas di panel yang sama.

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Realme x GoT Edited 7

Tak terhenti di situ, bonggol kamera kini lebih besar dengan terdapat dua telapak naga di bahagian belakang. Mohor rumah-rumah keluarga utama Westeros juga dipaparkan pada permukaan kaca bonggol dengan moto seperti Winter is Coming, Hear Me Roar dan Fire and Blood diukur pada permukaan gelang camera serta bonggol.

Kustomasi tambahan turut dilihat pada tema khas GoT yang mengubah keseluruhan antaramuka peranti lengkap dengan set ikon aplikasi, imej latar belakang, dan skrin kunci beranimasi. Dua tema Ice dan Fire disertakan dengan setiap pembelian peranti. Animasi but peranti dan juga melancarkan GT Mode untuk permua turut menerima sentuhan dunia nukilan George R R Martin.

Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition Realme x GoT Edited 6

Bagi membuatkan pembelian edisi ini semakin berbaloi, Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition dijual degan kotak khas yang berubah menjadi singgahsana Iron Throne apabila dibuka. Set empat keping poskad, pin SIM Hand of The King, dua set pelekat, dan kerangka khas juga diberikan bagi melengkapi set yang akan dijual dalam jumlah yang kecil di Malaysia.

Realme 15 pro Game of thrones all

Set Realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition dijual di Malaysia pada harga RM 2499 bermula 10 Oktober dengan pembeli menerima Buds T200, jaminan tambahan setahun dan jaminan skrin pecah serta percuma dengan nilai keseluruhan RM 1197. Sebanyak 300 akan ditawarkan di Malaysia dengan 5000 unit pula di seluruh dunia.

realme 15 Pro Game of Thrones launch

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link