Touch’n’Go Dan Star Systems International Mengumumkan Bukti Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Mereka
Nazrin
Seperti yang sedia maklum, sistem pembayaran tol tanpa palang (Multi Lane Fast Flow) sedang diuji oleh beberapa pihak, termasuklah Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan kini, Touch’n’Go yang bekerjasama dengan STAR Systems International untuk membangunkan sistem tol tanpa palang mereka sendiri.
Touch’n’Go menggunakan teknologi seperti pembaca Titan Flow yang dibangunkan SSI dan antena Avior, bersama-sama dengan teknologi lain seperti pengimbas Automatic Number Plate Recognition dan LiDAR 3D yang menggunakan komponen pengimbas trafic PARSEC oleh SIDRA untuk membangunkan sistem ANPR mereka sendiri yang menyerupai, tetapi berbeza dengan apa yang sedang diuji oleh PLUS.

Star Systems International dikenali untuk memperkenalkan sistem pembaca Titan Pro yang digunakan dalam sistem pembayaran tol E-ZPass di Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, beberapa ciri-ciri TnG eWallet seperti SOS Balance dan eKYC mereka juga dimanfaatkan untuk memastikan proses melalui tol adalah selancar yang mungkin. Jika anda ingat, fungsi SOS Balance pada aplikasi TnG eWallet membantu anda membayar tol terlebih dahulu sekiranya baki dalam dompet digital anda tidak mencukupi. Anda kemudiannya akan diminta untuk menambah baik didalam dompet dalam masa 24 jam sebelum anda boleh menggunakan fungsi pembayaran TnG semula.
Sistem MLFF ini juga dilihat akan menjadi tambahan kepada sistem pembayaran tanpa henti MyRFID sedia ada yang menggunakan kamera untuk mengimbas pelekat kod pada kereta tanpa perlu berhenti.
Dalam pada itu, ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada pelan kerajaan Malaysia untuk mengimplimentasi sistem tol MLFF ini di seluruh Malaysia menjelang 2027 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






