Malaysia Oversight

Sebanyak 1607 Tempahan Proton e.MAS 5 Direkodkan Dalam Masa 24 Jam Selepas Pengumumannya

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 1 minute
Sebanyak 1607 Tempahan Proton e.MAS 5 Direkodkan Dalam Masa 24 Jam Selepas Pengumumannya


Sebanyak 1607 Tempahan Proton e.MAS 5 Direkodkan Dalam Masa 24 Jam Selepas Pengumumannya

October 8, 2025
Automotif

Ikhwan Nazri

Pada Sabtu 4 Oktober yang lalu Proton telah mengumumkan tempatan kereta elektrik mereka yang terbaru iaitu Proton e.MAS 5. Kereta SUV kompak ini telah diumumkan akan dijual pada harga sekitar RM 60,000 hingga RM 80,000. Hari ini mereka berkongsi yang mana sebanyak 1,607 unit telah ditempah dalam masa 24 jam dari pengumuman tersebut.

Proton eMAS 5 Preview IMG 7981 2

Angka penjualan ini boleh dikatakan sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan tempahan kereta Proton yang lain. Proton e.MAS 7 mencapai angka 2,500 tempahan dalam masa kurang seminggu selepas diumumkan, manakala 5000 unit Proton X50 ditempah dalam masa 10 hari. Siaran langsung tersebut turut disiarkan serentak di 8 halaman TikTok dan 1 halaman Facebook serta saluran rasmi Proton e.MAS, dan berjaya mendapatkan lebih setengah juta penonton secara langsung.

Proton e.MAS 5 ini akan ditawarkan dalam dua versi iaitu Prime dan Premium, dimana versi Prime mempunyai bateri lebih kecil 30.12 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 225km WLTP, manakala versi Premium mempunyai bateri sebesar 40.16 kWh memberikan jarak perjalanan sejauh 325km WLTP.

eMAS Tempahan

Memandangkan 1607 tempahan telah dilakukan dan beberapa hari telah berlalu, jika anda berminat untuk menjadi 5000 terawal yang menempah Proton e.MAS 5 pada harga RM 99, anda juga akan menerima kad TnG NFC dengan kredit RM 100, dan rebat tambahan RM 500 kelak. 

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link