Suunto Juga Menyaman Garmin Kerana Melanggar Paten Teknologi Mereka
Nazrin
Beberapa hari selepas kami melaporkan bahawa platform penjejakan aktiviti Strava telah menyaman jenama peranti penjejak aktiviti dan kesihatan Garmin, tiba giliran satu lagi jenama pembuat peranti penjejak aktiviti, Suunto pula untuk menyaman syarikat tersebut.
Saman kali ini difailkan di mahkamah Texas, dimana Suunto mengatakan bahawa Garmin telah melanggar sebanyak lima paten teknologi penjejakan yang dimiliki mereka. Ini termasuklah teknologi berkaitan imbasan kadar pernafasan, rekaan antena dalam peranti, rekaan rangka peranti dan juga penjejakan hayunan kayu golf.

Sama seperti Strava, Suunto mengatakan bahawa peranti-peranti seperti Garmin Marq, Fenix, Epix, Instinct, Venu dan Forerunner semua menggunakan teknologi yang dipaten ini. Dan sekali lagi, sama seperti Strava, mereka mahu mendapatkan injunksi untuk mengharamkan penjualan peranti-peranti Garmin ini.
Tidak seperti Strava, Suunto dilihat mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam kes saman mereka kerana jika benar Garmin telah melanggar paten-paten tersebut, mereka boleh dilihat sebagai pesaing dalam industri yang sama.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






