Malaysia Oversight

Lee minta kerajaan umum pakej rangsangan untuk PKS

By MkiniBM in May 3, 2025 – Reading time 2 minute
Lee minta kerajaan umum pakej rangsangan untuk PKS


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, menggesa agar mengumumkan pakej rangsangan ekonomi khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) susulan ketidaktentuan ekonomi global yang kian meruncing akibat tindakan AS menaikkan tarif ke atas pelbagai produk import.

Menurut Lee, pengumuman itu perlu dibuat dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei ini.

“Prestasi suku pertama ekonomi AS yang menunjukkan pertumbuhan negatif telah meningkatkan kebimbangan pelabur dan melemahkan sentimen pasaran global.

“Pengumuman Presiden Donald untuk menangguhkan pelaksanaan cukai selama 90 hari tidak memberi kelegaan sebenar kepada pasaran.

“Ketidaktentuan dasar ini hanya menangguhkan tekanan, bukan menyelesaikannya,” kata Lee dalam kenyataan media hari ini.

Pada 3 April lalu mengejutkan banyak negara termasuk Malaysia dengan kenaikan tarif menyeluruh sebagai langkah yang didakwanya bakal menangani defisit perdagangan republik tersebut.

Selain tarif asas 10 peratus, Malaysia turut ditekan dengan duti import sebanyak 24 peratus.

Selepas berdepan dengan respon balas negatif antarabangsa, kemudian memutuskan untuk menangguhkan tarif duti import, tetapi pada masa sama mengekalkan tarif asas.

Tangguh beberapa cukai

Perlu diingatkan sebelum Trump mengumumkan tarif berkenaan, Bloomberg melaporkan ekonomi Malaysia terlepas daripada sasaran pertumbuhan yang ditetapkan sebelum ini.

KDNK Malaysia meningkat 4.4 peratus dalam tempoh Jan hingga Mac tahun ini berbanding 2024, kata anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bagaimanapun angka itu berada di bawah anggaran median 4.8 peratus dalam tinjauan Bloomberg News, menandakan suku ketiga berturut-turut pertumbuhan perlahan.

Data yang mengecewakan itu hadir ketika pembuat dasar menyemak unjuran pertumbuhan rasmi 4.5 peratus hingga 5.5 peratus untuk 2025 mengenai ketidaktentuan perdagangan global.

Lee berkata wajar mempertimbangkan langkah-langkah berikut dalam pakej ransangan yang bakal diumumkan.

1. Dana penampan tarif PKS (SME tariff relief fund) dengan menyediakan pembiayaan berfaedah rendah dan subsidi kepada syarikat yang terjejas untuk menampung kos bahan mentah, proses transformasi atau pelan pelarasan pasaran.

2. Geran penyesuaian pasaran eksport dengan memberi geran serta sokongan teknikal melalui Lembaga Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi membantu syarikat menembusi pasaran alternatif seperti Asean, Timur Tengah dan Eropah.

3. Penangguhan pelaksanaan dasar peluasan cukai barangan dan perkhidmatan (SST).

Selain itu kata Lee juga perlu mempertimbangkan penangguhan pembayaran cukai pendapatan, selain cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk tempoh enam bulan, demi membantu aliran tunai syarikat kekal stabil.

Lee yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Pilihan Ekonomi dan Kewangan Parlimen turut menggesa pihak yang berkenaan menguatkuasakan undang-undang cukai dengan ketat ke atas semua syarikat asing yang beroperasi di Malaysia, tanpa mengira saiz atau negara asal.

“Kita tidak boleh membenarkan mereka mengeksploitasi keadaan untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan negara, malah mencemari persaingan sihat dalam pasaran,” katanya.

Lee juga mengingatkan bahawa banyak industri sudah merasai kesan tarif asas 10 peratus, seperti yang terlibat dalam pembuatan perabot, produk getah dan peralatan optik.

“Oleh itu, beberapa syarikat telah menangguhkan pelaburan dan pengambilan pekerja baru mereka kerana ketidaktentuan.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, kita mungkin menghadapi gelombang pengangguran baru tidak lama lagi,” katanya.



Source link