Malaysia Oversight

Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada 3 Saintis Yang Mengkaji Sistem Imun Tubuh

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 2 minute
Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada 3 Saintis Yang Mengkaji Sistem Imun Tubuh


Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada 3 Saintis Yang Mengkaji Sistem Imun Tubuh

October 7, 2025
Sains

Effi Saharudin

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan tahun ini telah dianugerahkan kepada tiga saintis atas kajian mereka terhadap sel T pengawalatur (Tregs). Penemuan sistem imun tubuh ini membuka peluang kepada pembangunan terapi baharu untuk rawatan penyakit kanser dan autoimun.

Hadiah Nobel 2025 perubatan dan fisionlogi

Prof. Mary Brunkow dan Fred Ramsdell dari Amerika Syarikat dan Profesor Shimon Sakaguchi dari Jepun berkongsi hadiah bernilai SEK 11 juta (~RM4.9 juta) untuk penemuan berkaitan dengan toleransi imun periferi yang diatur oleh Tregs dengan ia menghalang sistem imun tubuh daripada mencederakan sel badan yang sihat. Penemuan mereka meningkatkan pemahaman tentang bagaimana sistem imun berfungsi dan mengapa kita semua tidak menghidap penyakit autoimun yang serius

Sakaguchi membuat penemuan utama yang pertama pada tahun 1995 dimana beliau menunjukkan bahawa sistem imun adalah lebih kompleks dan menemui kelas sel imun Treg yang sebelum ini tidak diketahui yang bertindak di seluruh badan.

Hadiah Nobel 2025 perubatan dan fisionlogi T REG

Brunkow dan Ramsdell membuat penemuan penting pada tahun 2001, apabila mereka menemui mengapa strain tikus tertentu terdedah kepada penyakit autoimun menerusi kaitan mutasi dalam gen Foxp3 yang bekaitan dengan penyakit autoimun yang serius IPEX pada manusia.

Sakaguchi kemudiannya mengaitkan penemuan-penemuan ini dengan membuktikan bahawa Foxp3 menguruskan pembangunan Tregs, dan bidang baharu penyelidikan toleransi periferi bermula dengan anggaran 200 ujian klinikal yang sedang dijalankan untuk ubat-ubatan berdasarkan atau berinteraksi dengan sel-sel tersebut.

Terapi sel Treg kini sedang diteroka sebagai rawatan penyakit autoimun seperti artritis reumatoid, sklerosis berbilang, diabetes jenis 1 dan untuk mencegah penolakan pemindahan organ. Ia juga sedang diubah suai untuk memulihkan dan menguatkan tindak balas imun terhadap sel-sel malignan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link