Skor Penanda Aras GeekBench Untuk Honor Magic 8 Diperlihatkan
Nazrin
Honor Magic 8 dijangka akan diperkenalkan seawal minggu hadapan, dan nampaknya ia mungkin akan menjadi peranti kedua yang diperkenalkan selepas Realme GT 8 Pro yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5.
Butiran skor penanda-aras GeekBench untuk peranti tersebut telah diperlihatkan baru-baru ini, dengan Honor Magic 8 hadir dengan nama model Honor BKQ-N49. Melalui laman skor penanda-aras tersebut, Honor Magic 8 memperlihatkan skor satu teras 3563 dan skor multi-teras 7632.

Nama model CPU Snapdragon SM8850 menandakan bahawa ia adalah cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5, dan akan hadir dengan storan 12GB, dan menggerakkan sistem operasi Android 16. Beberapa butiran lain juga telah ditiriskan melalui laman Weibo yang mengatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan paparan bersaiz 6.58 inci dan bateri sebesar 7000mAH dengan pengecasan sepantas 90W.

Dalam pada itu, Honor juga dijangka akan memperkenalkan peranti Honor Magic 8 Pro juga, dan ia dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan sama, dengan bateri 7200mAH yang sedikit lebih besar dan pengecasan pantas 120W yang lebih pantas.
Siri peranti Honor Magic 8 dijangka akan dilancarkan pada 15 Oktober ini dengan spesifikasi lanjut mengenai peranti ini akan diperlihatkan kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






