Anugerah Instagram Rings Diumumkan Untuk Menghargai Pengkarya Kreatif
Effi Saharudin
Meta hari ini mengumumkan anugerah Instagram Rings yang diadakan bagi menghargai pengkarya yang kreatif menggunakan platform. Ia diberikan kepada pengkarya yang menghasilkan kandungan yang berani sehingga membawa perubahan pada platform.

Beberapa pengkarya terkemuka Instagram telah dilantik untuk menjadi panel hakim anugerah Rings tahun ini. Antaranya ialah MKBHD, KAWS, Marc Jacobs, Murad Osmann dan Adam Mosseri. Pemenang akan menerima cincin yang direka khas oleh Grace Wales Bonner. Mereka juga diberikan gelang emas pada ikon akaun untuk menunjukkan mereka pemenang dan akan diberikan kebebasan mengubah warna latar belakang profil serta ikon Like tersendiri.

Pengumuman pemenang Rings yang pertama akan dilakukan sebelum penghujung tahun dengan ia anugerah ini akan memberikan motivasi kepada pengguna untuk terus menghasilkan karya kreatif. Anugrah dianjurkan ketika Meta dikritik kerana menggalakkan penggunaan AI dalam menghasilkan kandung dengan platform sendiri yang diberi nama Vibes minggu lalu,
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






