Malaysia Oversight

Microsoft Menguji Menutup Kebolehan Membuat Akaun Pada Windows 11 Tanpa Memerlukan Sambungan Internet

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
Microsoft Menguji Menutup Kebolehan Membuat Akaun Pada Windows 11 Tanpa Memerlukan Sambungan Internet


Microsoft Menguji Menutup Kebolehan Membuat Akaun Pada Windows 11 Tanpa Memerlukan Sambungan Internet

October 7, 2025
Microsoft

Nazrin

Untuk pengguna sistem operasi Microsoft Windows 11, salah satu perkara yang sangat menjengkelkan ialah keperluan untuk melog masuk kedalam akaun Microsoft sebelum mereka boleh menggunakan sistem operasi tersebut.

Sebelum ini, ada sejumlah cara yang boleh digunakan pengguna untuk mengaktifkan akaun pengguna Windows 11 tanpa memerlukan sambungan internet atau akaun Microsoft seperti “bypassnro” yang sudahpun ditutup pada awal tahun ini. Satu lagi cara yang masih lagi digunakan sekarang ialah “start ms-cxh:localonly” melalui Command Prompt sebelum proses setup sistem operasi.

Windows11 Logo

Akan tetapi dengan binaan ujian Windows 11 terbaru, cara menggunakan Command Prompt tersebut juga nampaknya sudah ditampal, dan pengguna akan dipaksa untuk menyambungkan komputer mereka ke sambungan internet dan menggunakan akaun Microsoft mereka untuk menggunakan komputer mereka.

Seorang jurucakap Microsoft mengatakan bahawa cara untuk mencipta akaun luar-talian ini telah ditutup kerana ia membolehkan pengguna untuk melangkau proses OOBE (setup awal) yang mungkin menyebabkan sistem operasi tidak berfungsi pada tahap optimum.

Seperti yang dikatakan, penutupan langkah CMD ini diperkenalkan pada versi ujian beta melalui program Windows Insider terlebih dahulu, jadi jika anda menggunakan versi rasmi Windows 11, anda masih boleh mencipta akaun luar-talian dengan cara ini.

The Verge

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link