Vivo V60e Dilancarkan – Kamera 200MP Dan Cip Dimensity 7360-Turbo
Amy Maizuraa
Vivo telah melancarkan V60e sebagai model terbaharu dalam siri V. Ia hadir dengan kamera utama 200MP yang menyokong rakaman video 4K, dilengkapi lensa ultra lebar 8MP dan swafoto 50MP untuk pengalaman fotografi lebih menyeluruh.

Vivo V60e hadir dengan reka bentuk mirip Vivo X200 FE dan V60 namun tanpa penjenamaan ZEISS. Ia juga dilengkapi skrin AMOLED 6.77-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo serta menawarkan konfigurasi memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Peranti ini dibekalkan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Ia juga tahan air dan habuk dengan penarafan IP68/IP69 di samping menggunakan kaca Diamond Shield yang menawarkan ketahanan lebih baik berbanding model V50e terdahulu.

Vivo V60e menjalankan Android 15 dengan antaramuka Funtouch OS 15 dan dijamin menerima tiga kemas kini Android serta lima tahun kemas kini keselamatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






