Dasar kerajaan tegas, tidak benarkan minuman keras acara rasmi – PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hai ini memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, serta kementerian berkenaan susulan kontroversi yang tercetus berhubung isu hidangan alkohol semasa majlis makan malam sempena Global Travel Meet.
Dia dipetik Bernama sebagai berkata, penjelasan kementerian itu bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.
“Penjelasan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) ialah ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama.
“Kami telah berikan peringatan keras kepada menteri dan kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir tetapi tidak wajar sama sekali,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian kepada Bernama dan RTM di Kompleks Bunga Raya di Sepang selepas menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Pagi tadi, Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul memaklumkan sesi waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) tidak dapat diadakan hari ini kerana Anwar telah dititahkan ke Istana Negara pagi ini.
[Berita penuh menyusul]






