Malaysia Oversight

61 terbunuh dalam runtuhan bangunan sekolah agama di Indonesia

By MkiniBM in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
61 terbunuh dalam runtuhan bangunan sekolah agama di Indonesia


Angka kematian akibat runtuhan bangunan di Sekolah Pondok Al Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 61 orang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tujuh bahagian tubuh mangsa telah dihantar kepada pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI).

2767b9be8d689d6388c15658e2534a1c

Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan berkata dalam sidang media pada Selasa bahawa rekod kehadiran menunjukkan dua pelajar masih belum ditemukan dan dipercayai mungkin antara mangsa yang telah dijumpai.

“Kawasan berkenaan kini telah diratakan dan kemungkinan tiada lagi mayat yang berada di sana,” katanya.

Budi menjelaskan bahawa daripada 167 orang yang terlibat dalam insiden itu, 104 berjaya diselamatkan.

Daripada jumlah itu, empat mangsa telah menerima rawatan, 99 masih dirawat di hospital, seorang tidak memerlukan rawatan, manakala dua pelajar masih belum ditemukan.

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada petang Isnin lalu ketika pekerja sedang menuang konkrit di tingkat atas, mengakibatkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa menyatakan kegagalan struktur bangunan dipercayai menjadi punca utama kejadian.

– Bernama



Source link