Malaysia Oversight

PM dipanggil ke Istana Negara, tiada sesi PMQT di parlimen

By MkiniBM in October 7, 2025 – Reading time 2 minute
PM dipanggil ke Istana Negara, tiada sesi PMQT di parlimen


PARLIMEN | Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada sidang Dewan Rakyat tidak dapat diadakan apabila Perdana Menteri, Ibrahim, dipanggil ke Istana Negara pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang kemudiannya meminta menteri berkaitan supaya mengemukakan usul berkaitan ketiadaan sesi PMQT.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bangkit mengemukakan usul yang disokong oleh ahli Dewan Rakyat.

“Pagi ini kita ada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri, dua soalan telah dikemukakan oleh (Ahli Parlimen) Paya Besar dan juga (Ahli Parlimen) Masjid Tanah.

“Namun, saya difahamkan perdana menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara jam 10 pagi ini,” kata Johari.

Dua soalan dibangkitkan pada sesi PMQT pagi ini membabitkan Mohd Shahar Abdullah (-Paya Besar) yang minta perdana menteri menyatakan pendirian Malaysia terhadap pelan damai AS berhubung konflik Palestin-Israel, serta sejauh mana ia selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan kedaulatan negara mereka.

Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) pula meminta perdana menteri menyatakan tahap persediaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 khususnya dari segi promosi antarabangsa, penglibatan negeri dan adakah perbelanjaan dibuat berasaskan prinsip value for money, serta adakah akan diadakan satu pelancaran besar-besaran pada 31 Dis nanti.

Sementara itu, Johari berkata dua soalan berkaitan itu akan dimasukan dalam sesi persidangan lain.

“Namun untuk maklumkan Paya Besar dan Masjid Tanah yang telah kemukakan soalan PMQT untuk dijawab perdana menteri saya akan adjust (ubah suai) kepada satu tarikh yang lain,” katanya.

Mengikut amalan semasa, prosiding Dewan Rakyat pada setiap Selasa dan Khamis akan dimulakan dengan Waktu Soal Menteri.

pula biasanya menghadiri sidang untuk menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya pada Selasa.

Sesi Dewan Rakyat diteruskan dengan pertanyaan lisan mengikut aturan Dewan Rakyat.



Source link