Malaysia Oversight

Pengesahan eKYC Diperlukan Untuk Pengaktifan CIMB OCTO Pada Peranti Baharu Atau Selepas Tetapan Semula

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
Pengesahan eKYC Diperlukan Untuk Pengaktifan CIMB OCTO Pada Peranti Baharu Atau Selepas Tetapan Semula


Pengesahan eKYC Diperlukan Untuk Pengaktifan CIMB OCTO Pada Peranti Baharu Atau Selepas Tetapan Semula

October 7, 2025
Aplikasi
Kewangan

Amy Maizuraa

CIMB Bank Berhad memaklumkan bahawa semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi CIMB OCTO perlu menjalani pengesahan identiti secara elektronik (eKYC) apabila mengaktifkan aplikasi buat kali pertama sama ada pada peranti baharu atau selepas tetapan semula peranti. Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan dan ketulenan identiti pengguna.

CIMB Octo

Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan mengelakkan aktiviti penipuan dalam aplikasi perbankan digital. Proses log masuk kali pertama akan mengambil masa dua belas jam sebagai tempoh bertenang. Selepas tempoh itu berakhir, pengguna akan menerima SMS dan boleh mula menggunakan aplikasi CIMB OCTO seperti biasa.

Buat masa ini, eKYC hanya menerima MyKad sebagai dokumen pengenalan yang sah. Pengguna yang menggunakan dokumen selain MyKad perlu hadir ke cawangan CIMB terdekat untuk pengesahan identiti secara fizikal. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk pautan dalam aplikasi atau menghubungi pihak bank.

CIMB Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link