Malaysia Oversight

OpenAI Memperkenalkan Integrasi Aplikasi Dalam ChatGPT – Memudahkan Anda Melakukan Pelbagai Perkara Terus Pada ChatGPT

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Memperkenalkan Integrasi Aplikasi Dalam ChatGPT – Memudahkan Anda Melakukan Pelbagai Perkara Terus Pada ChatGPT


OpenAI Memperkenalkan Integrasi Aplikasi Dalam ChatGPT – Memudahkan Anda Melakukan Pelbagai Perkara Terus Pada ChatGPT

October 7, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI hari ini membuat kejutan dan memperkenalkan integrasi aplikasi dalam ChatGPT, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan dan mengakses pelbagai aplikasi terus daripada antaramuka ChatGPT. Bersama pengenalan ini, antara aplikasi yang diperkenalkan diintegrasi bersama ChatGPT adalah Booking.com, Canva, Coursera, Expedia, Figma dan juga Spotify.

Dengan langkah ini, pengguna boleh terus menggunakan ChatGPT, dan seterusnya menyeru aplikasi-aplikasi ini untuk melakukan tugasan tambahan. Sebagai contoh, anda boleh meminta ChatGPT untuk melakukan sejumlah carian data, dan menyusunnya dalam bentuk fail pembentangan, dan meminta rekabentuk akhir dilakukan oleh Canva.

Booking ChatGPT
Booking pada ChatGPT
Canva ChatGPT
Canva pada ChatGPT
Coursera ChatGPT
Coursera pada ChatGPT
Figma ChatGPT
Figma pada ChatGPT

Perkara sama juga anda boleh minta seperti ingin pelajari lanjut melalui Coursera, atau ingin mencari tempat penginapan, atau sekiranya ingin membuat senarai main lagu.

Integrasi ini juga turut membuatkan pengguna boleh melakukan pelbagai perkara tanpa perlu meninggalkan ChatGPT, selain menjadikan ChatGPT sebagai perkhidmatan dituju untuk menggunakan dan melaksanakan pelbagai perkara.

ChatGPT turut menawarkan Apps SDK ditawarkan kepada pembangun, membolehkan pelbagai pembangun aplikasi diluar sana membangunkan aplikasi dan menawarkannya melalui ChatGPT.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link