Malaysia Oversight

Jaga sensitivti Islam, hormati Perlembagaan

By Utusan in October 6, 2025 – Reading time 2 minute
Jaga sensitivti Islam, hormati Perlembagaan


: Perbuatan menghidang atau menonjolkan minuman berasaskan arak dalam majlis rasmi adalah bertentangan dengan hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perbuatan itu turut menyimpang moral dan undang-undang negara.

Tegasnya, bukan sahaja mengharamkan pengambilan arak, tetapi juga segala bentuk kerjasama dan penglibatan dengannya.

“Dalam konteks Malaysia sebagai negara dan Hab Halal Dunia, tindakan sebegini hanya mencemarkan imej negara serta menimbulkan kegusaran masyarakat.

Oleh itu, semua pihak dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi hukum syarak dan menjaga sensitiviti umat demi memelihara keharmonian serta perpaduan nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan, majlis makan malam sempena pelancaran Global Travel Meet, baru-baru ini yang melibatkan hidangan arak dianjurkan oleh pihak swasta.

Menurutnya, memang pada awal kementeriannya merupakan penganjur utama majlis tersebut tetapi ada pihak swasta yang kemudiannya menyatakan hasrat untuk mengambil alih penganjurannya.

Beliau menjawab sindiran bekas menteri, Khairy Jamaluddin terhadap dirinya berhubung hidangan minuman alkohol dalam majlis itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengkritik acara itu dan menyifatkan penganjuran acara rasmi perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam sebagai agama Persekutuan walaupun menghormati agama dan budaya masyarakat berbilang kaum. – UTUSAN

 





Source link