Malaysia Oversight

HAI MANDAK ! kumpul dana bantu pengundi muda Sabah balik mengundi

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 2 minute
HAI MANDAK ! kumpul dana bantu pengundi muda Sabah balik mengundi


Sebuah gerakan yang diasaskan anak muda di Sabah nekad membuktikan golongan itu ialah penentu sebenar keputusan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menerusi kempen akar umbi untuk mengumpul dana bagi membantu pengundi balik mengundi dan meningkatkan kesedaran politik di Sabah, kumpulan HAI MANDAK! menggerakkan anak muda untuk merebut semula kuasa demokrasi mereka menjelang pilihan raya negeri.

Diasaskan empat anak muda dari Kota Belud, gerakan ini telah menemui ratusan orang melalui dua inisiatif utama — kempen “Anak Sabah Balik Mengundi” dan bengkel “Kelas Ko Ada Kuasa Bah!”.

Berikutan keluhan pengundi muda mengenai kos perjalanan pulang ke kampung yang tinggi, kumpulan itu berkata kempen kutipan dana itu bertujuan membantu sekurang-kurangnya 100 belia Sabah pulang mengundi.

9d7e9f5c101f3ec0d694148b3437d803

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata pengundi muda kini merangkumi lebih 900,000 orang, iaitu 54 peratus daripada keseluruhan pengundi di Sabah.

“HAI MANDAK! juga akan menjalankan siri “30 Hari 30 Konten PRN” sepanjang musim PRN dan dalam masa yang sama akan menjalankan “Tour Kelas Ko Ada Kuasa Bah!” di pelbagai tempat di Sabah bersama dengan sembilan lagi tenaga pengajar yang mengikut kawasan mereka,” kata mereka.

0fad8fd66d1879da1932a751cef6b41d

Mereka menegaskan inisiatif tersebut tidak dibiayai oleh mana-mana parti politik, dan mengalu-alukan mana-mana komuniti yang berminat untuk menganjurkan sesi bengkel semasa tempoh pilihan raya.

Kumpulan itu juga menyeru semua pihak — termasuk rakyat Sabah, syarikat korporat, pemimpin masyarakat, dan khususnya golongan muda — untuk turut serta dalam usaha itu.

“HAI MANDAK! percaya bahawa anak muda sendiri paling memahami realiti hidup dan suara generasi mereka. Sebab itu, orang terbaik untuk berbicara dengan anak muda ialah anak muda sendiri,” tambah mereka lagi.

cdbb19a6210b0019af398fe0fd69478f

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sekali gus membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17.

Ini bermakna pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Keputusan itu diumumkan oleh Hajiji selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat awal petang ini.



Source link