Malaysia Oversight

NexG Menerima Geran RM732 Juta Dari Kerajaan Malaysia Untuk Membekalkan Kad Pengenalan Generasi Baru

By Amanz in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Pertimbang Mengambil Imbasan Wajah, Mata Dan 10 Jari Di Bawah Pindaan Akta Pendaftaran Negara


NexG Menerima Geran RM732 Juta Dari Malaysia Untuk Membekalkan Kad Pengenalan Generasi Baru

October 6, 2025
Lain-lain

Nazrin

NexG, atau sebelum ini dikenali sebagai Datasonic Group Sdn Bhd dilaporkan telah baru sahaja menandatangani perjanjian baru dengan Malaysia untuk membekalkan kad pengenalan untuk rakyat Malaysia.

Perjanjian ini bernilai RM732.2 juta dan akan berkuat-kuasa bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Mei 2032 selama enam tahun. Melalui kontrak ini, NexG bukan sahaja akan terus membekalkan kad pengenalan MyKad dan juga MyTentera, tetapi juga membekalkan kad pengenalan dengan teknologi-teknologi yang lebih baru, yang membolehkannya menyimpan lebih banyak data rakyat, dengan cara yang lebih selamat.

mykad

“MyKad yang dinaik taraf bukan sekadar kad pengenalan, tetapi kunci digital nasional yang selamat dan asas jejak digital Malaysia. Dengan ketahanan yang dipertingkatkan dan ciri keselamatan berbilang lapisan, ia direka untuk menentang pemalsuan data, melindungi daripada gangguan, dan memastikan kebolehpercayaan jangka panjang sambil membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam ekonomi digital dengan selamat” menurut jurucakap NexG.

MyKad sekarang digunakan untuk mengesahkan identiti rakyat untuk mendapatkan subsidi petrol bersasar BUDI95, MyPass 50, dan kelak boleh digunakan untuk melakukan lebih banyak lagi aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan .

Dalam pada itu, NexG juga baru sahaja memperbaharui kontrak untuk membekalkan pasport untuk rakyat Malaysia yang bernilai RM1.73 bilion untuk enam tahun akan datang pada penghujung bulan Ogos tahun ini.

The Edge

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link