Malaysia Oversight

Threads Menguji Ciri Menyembunyikan Balasan Komen Baharu Melalui Tab Aktiviti

By Amanz in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Menguji Ciri Menyembunyikan Balasan Komen Baharu Melalui Tab Aktiviti


Threads sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menyembunyikan balasan komen secara terus daripada tab Aktiviti. Melalui ‘ikon mata’ yang terletak di penjuru kanan bawah notifikasi balasan, pengguna boleh mengehadkan pendedahan kepada komen yang tidak diingini dengan lebih mudah dan pantas.

threads hide replies NEW 1

Ciri ini memberikan kawalan tambahan kepada pengguna dalam mengurus ruang komunikasi secara lebih selamat dan peribadi. Sebelum ini, Threads telah pun menawarkan fungsi menyembunyikan balasan melalui menu pada setiap siaran, di mana balasan yang disembunyikan akan dipindahkan ke bahagian khas dan hanya boleh dilihat oleh pengguna serta penulis komen tersebut.

Untuk menyembunyikan komen, pengguna perlu menekan Options di sebelah komen dan memilih Hide for everyone. Komen yang disembunyikan boleh dilihat semula dengan menatal ke bawah bebenang dan menekan pilihan See More. Sekiranya ingin memulihkan semua komen tersebut, pengguna boleh menekan Options dan memilih Unhide.

Social Media Today





Source link