
Canva Kini Menawarkan Aplikasi Affinity Untuk iPad Secara Percuma
Aman
Canva pada tahun lepas telah mengambil-alih Serif, iaitu syarikat sebalik beberapa aplikasi kreatif, termasuk Affinity Photo, Affinity Designer dan Affinity Publisher. Kini, melalui laman web rasmi Affinity, ia dilihat suatu perubahan besar disasarkan, dengan sebuah acara dijadualkan pada 30 Oktober 2025.
Selari dengan acara berkenaan, kini Canva mula menawarkan aplikasi Affinity Photo 2, Affinity Publisher 2 dan juga Affinity Designer 2 secara percuma untuk mereka yang menggunakan iPad. Ini sekaligus membolehkan anda memuat-turun dan menggunakan aplikasi kreatif berkenaan terus tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran.
Pengguna berminat boleh memuat-turun terus aplikasi ini melalui App Store, dan memasangnya pada iPad. Perisian versi desktop dilihat tidak ditawarkan buat masa ini. Sementara menantikan pengumuman pada 30 Oktober ini, anda yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam urusan kreativiti anda hari ini secara percuma.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






