Apple Dilaporkan Telah Mula Pertimbangkan Pengganti Untuk Tim Cook
Aman
Tim Cook sebelum ini telah menggantikan Steve Jobs sebagai CEO sejak Ogos 2011 yang lepas, dan sejak daripada itu, pelbagai penambah-baikkan dan kemajuan telah dibawakan kepada syarikat berkenaan. Tim Cook sendiri kini telah bertugas selama lebih 14 tahun sebagai CEO untuk Apple, dan membawa nilai syarikat berkenaan melangkaui $4 trilion.

Dibawah Tim Cook juga, Apple telah beralih kepada pembangunan cip pemprosesan sendiri rentas peranti, sekaligus membuatkan Apple boleh mengawal keseluruhan ekosistem daripada perkakasan kepada perisian. Beberapa projek juga telah dibangunkan dengan ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya. Projek kereta telah dibatalkan, dan pembangunan Vision Pro kini dikatakan lebih mengutamakan kepada peranti berbentuk kaca mata pintar. Disamping itu, Apple juga masih menghadapi cabaran dalam arena kecerdasan buatan.
Terbaru, mengikut laporan Bloomberg, ia dikatakan syarikat teknologi Apple telah mula pertimbang beberapa pengganti kepada Tim Cook sebagai CEO. Salah seorang yang diperkatakan namanya adalah John Ternus.
John Ternus diperkatakan sebagai salah seorang calon utama sebagai pengganti Tim Cook disebabkan oleh kelebihan beliau dalam arena teknikal, serta telah membantu syarikat dalam pembangunan produk. Dengan cabaran yang dialami kebelakangan ini oleh Apple, ia dikatakan calon dengan kepakaran teknikal akan memberikan kelebihan.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal menjadi pengganti Tim Cook dalam terus menerajui Apple pada masa akan datang. Untuk makluman, setakat ini masih tidak dimaklumkan berkenaan bilakah Tim Cook akan bersara, dan langkah ini adalah lebih kepada persiapan ahli lembaga pengarah dalam menyediakan calon yang sesuai apabila masa berkenaan tiba kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






