Malaysia Oversight

Pindaan perlembagaan asingkan AG dan pendakwa raya tahun depan

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
Pindaan perlembagaan asingkan AG dan pendakwa raya tahun depan


telah menetapkan garis masa yang jelas untuk memisahkan sepenuhnya kuasa peguam negara dan pendakwa raya dengan cadangan pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said turut menegaskan komitmen selaras persetujuan kabinet pada 10 Sept untuk pengasingan sepenuhnya antara fungsi peguam negara dan pendakwa raya.

“Bagi langkah seterusnya, pertama, pindaan Perlembagaan Persekutuan mesti dibuat untuk menyediakan sumber kuasa (untuk pengasingan kuasa).

“Selepas pindaan (perlembagaan) dikuatkuasakan, akan membentangkan dua rang undang-undang susulan,” kata Azalina di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

Dia berkata demikian sebagai respons kepada Takiyuddin Hassan (PN-Kota Baru) yang meminta status semasa proses itu yang telah dikenal pasti sebagai janji reformasi institusi utama oleh pentadbiran Madani.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini berkata Perkara 145, 183 dan 42 di bawah perlembagaan persekutuan akan digubal secara berasingan untuk mewujudkan kedudukan pendakwa raya bebas.

Di samping itu, Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang (Pendakwa Raya) akan digubal secara omnibus untuk meminda Kanun Posedur Jenayah dan 18 akta lain yang berkaitan.

Pada masa yang sama, satu akta baru khusus berkaitan saraan peguam negara dan pendakwa raya juga akan diwujudkan, sama seperti Akta Saraan Hakim 1971.



Source link