Malaysia Oversight

TikTok Dibenarkan Kembali Beroperasi Di Indonesia Selepas Menyerahkan Data Yang Diminta Kerajaan

By Amanz in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
TikTok Dibenarkan Kembali Beroperasi Di Indonesia Selepas Menyerahkan Data Yang Diminta Kerajaan


TikTok Dibenarkan Kembali Beroperasi Di Indonesia Selepas Menyerahkan Data Yang Diminta

October 6, 2025
Aplikasi
Penstriman

Effi Saharudin

Protes jalanan besar-besaran berlaku di bandaraya-bandaraya utama Indonesia antara 25-30 Ogos lalu bagi membantah kehidupan mewah ahli politik. Demonstran menggunakan penstriman langsung untuk menunjukkan demo yang sedang dilakukan dan aktiviti penjarahan rumah ahli politik yang didakwa korup. Oleh sebab itu, TikTok segera menggantung ciri penstriman di Indonesia kerana melanggar terma dan syarat platform menghalang aktiviti jenayah dipaparkan.

tiktok

Semalam, Indonesia menggantung lesen operasi TikTok di negara tersebut kerana tidak menyerahkan data yang diminta oleh . Pada hari yang sama, TikTok bersetuju menyerahkan data dalam bentuk peningkatan trafik dan pendapatan pengiklanan antara 25-30 Ogos 2025

Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia mengatakan data diambil kerana ingin menjejak aktiviti perjudian yang dilakukan semasa melakukan penstriman langsung. Data hadiah yang diterima pengguna juga turut diminta bagi membantu siasatan. Selepas data diserahkan sepenuhnya oleh TikTok, lesen operasi diberikan semula oleh KomInfo.

Tidak seperti di Malaysia, lesen operasi platform atas talian adalah diwajibkan sejak beberapa tahun lalu. Kegagalan memohon lesen menyebabkan platform Steam, PayPal dan Reddit dihalang selama beberapa hari di Indonesia sehingga menimbulkan kemarahan pengguna.

Tempo

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link