Malaysia Oversight

Pembangunan Peranti Pertama OpenAI Dilaporkan Menghadapi Cabaran Teknikal – Pengenalan Mungkin Ditangguhkan

By Amanz in October 5, 2025 – Reading time 1 minute
Pembangunan Peranti Pertama OpenAI Dilaporkan Menghadapi Cabaran Teknikal – Pengenalan Mungkin Ditangguhkan



OpenAI

Pembangunan Peranti Pertama OpenAI Dilaporkan Menghadapi Cabaran Teknikal – Pengenalan Mungkin Ditangguhkan

October 5, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI sebelum ini telah mengambil-alih firma milik Jony Ive, dan menyatakan hasrat untuk hadir dengan peranti pertama mereka seawal tahun hadapan, 2026. Namun, kini mengikut laporan Financial Times, ia dikatakan projek berkenaan menghadapi cabaran teknikal, dan mungkin mengalami penangguhan pelancaran.

Buat masa ini, peranti pertama yang akan diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Mengikut laporan sebelum ini, ia diperkatakan pihak OpenAI sedang melihat kepada beberapa bentuk peranti, termasuk speaker pintar, pin boleh-pakai dan juga perakam suara digital. Berbeza dengan penawaran Meta melalui kaca mata pintar, penawaran produk OpenAI ini dijangka akan menimbulkan beberapa ketidakselesaan dalam kalangan pengguna, termasuk melibatkan privasi pengguna sekeliling yang tidak ketahui akan kewujudan peranti berkenaan yang mungkin mendengar dan mengumpulkan data sepanjang masa.

Disamping itu, masalah teknikal turut hadir melibatkan bagaimana membuatkan pembantu digital pada peranti berkenaan berfungsi supaya model kecerdasan buatan tidak terlalu berusaha mengembirakan hati orang. Selain itu, OpenAI juga turut menghadapi cabaran dari segi sokongan infrastruktur dan kuasa untuk perkomputeran dalam menampung ChatGPT – membuatkan penawaran peranti AI mungkin tidak dapat menampungnya lagi.

OpenAI pada awalnya merancang memperkenalkan peranti pertama mereka pada tahun hadapan, tetapi dengan pelbagai kekangan ini, tidak mustahil ia ditangguhkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link