Malaysia Oversight

PN sedia terima parti lain atau bentuk kerjasama hadapi PRU16

By MkiniBM in October 5, 2025 – Reading time 2 minute
PN sedia terima parti lain atau bentuk kerjasama hadapi PRU16


PN bersedia menjalin pakatan pilihan raya dengan mana-mana parti politik yang bersedia bekerjasama dengan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusinya, Yassin, berkata langkah itu boleh dilaksanakan sama ada melalui penyertaan rasmi ke dalam PN atau melalui kerjasama longgar dalam bentuk pakatan pilihan raya.

“Kalau mereka berminat, mereka ada dua cara. Satu, mereka menyertai PN, menjadi komponen gabungan. Sekarang, kita ada empat komponen (Bersatu, , Gerakan dan MIPP). Sekiranya semua parti komponen setuju akan ada tambahan parti baru menyertai PN.

“Pakatan pilihan raya (pula) bermaksud mereka bukan sebahagian PN, tapi mereka bekerja bersama dengan PN.

“Dan jika kita setuju, kita boleh kata, jika mereka tanding di satu kerusi, kita tak akan tanding,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP) di Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata dia belum pasti sama ada parti yang berminat itu bersetuju dengan cadangan berkenaan atau sebaliknya.

“Ada di kalangan yang mereka pun sudah ada yang membuat permohonan. Saya tak payah sebut (nama parti). Tapi, kita tidak membuat keputusan yang utama.

“Saya fikir lepas kita tubuhkan gabungan longgar, kemungkinan ada lagi yang berminat,” katanya.

Muhyiddin menegaskan, keputusan muktamad tidak bergantung kepadanya seorang.

82df02af487e187038ae3eb2badc84b7

Sebelum ini antara parti yang disebut-sebut bakal menyertai PN pada PRU16 memandangkan parti itu beberapa kali menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perpaduan, walaupun masih menjadi sebahagian daripada .

Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man turut dilapor ‘merisik’ MCA dan untuk menyertai PN selepas mengambil maklum bahawa kedua-dua parti tersebut tidak diwakili dalam .

Muhyiddin juga telah mengumumkan bahawa 12 parti pembangkang bersetuju menubuhkan gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa gagal ditangani oleh Madani, termasuk janji reformasi.

Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, , Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) — yang masih belum didaftarkan secara rasmi.

Beri laluan MIPP tanding 12 kerusi

Terdahulu, Muhyiddin bersetuju secara prinsip untuk memberi laluan kepada MIPP bertanding 12 kerusi parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

“Apa yang (Presiden MIPP) Punithan bangkitkan, mereka meminta MIPP diperuntukkan beberapa kerusi.

“Saya setuju secara prinsipal. Tapi, yang pertama, kita perlu melihat bila PRU dan pemilihan negeri. Kemudian, kita perlu duduk bersama parti komponen yang lain untuk berbincang,” katanya.



Source link