Malaysia Oversight

Malaysia daki 19 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media RSF 2025

By MkiniBM in May 2, 2025 – Reading time 3 minute
Malaysia daki 19 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media RSF 2025


Malaysia melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).

Dalam laporan yang dikeluarkan, RSF menyatakan bahawa kebebasan media di Malaysia masih dibelenggu tekanan politik.

“Secara zahirnya, Malaysia kelihatan mempunyai landskap media yang pelbagai, namun media milik – agensi berita Bernama dan penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM) – memainkan peranan yang sangat dominan.

“Banyak media arus perdana bersifat partisan secara terbuka dan bilik berita lazimnya mengikut garis panduan semasa,” katanya.

Bagaimanapun, RSF menyatakan keadaan ini lebih baik dalam kalangan media digital, dengan Malaysiakini diberi contoh sebagai laman media yang mempunyai autonomi editorial.

Tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-107, merosot 34 anak tangga daripada tempat ke-73 pada tahun sebelumnya.

RSF mengaitkan penurunan itu dengan kekerapan sekatan ke atas laman berita yang bersikap kritikal terhadap .

fae60c8a935239c1ca9ef4d269c84883

Mengulas lanjut mengenai tekanan politik terhadap media, RSF berkata ia menghalang media daripada membincangkan isu sensitif seperti 3R (kaum, agama dan institusi diraja) atau mengkritik kerajaan.

“Sebarang ulasan atau laporan yang dianggap kritikal terhadap institusi diraja boleh membawa kepada pendakwaan, menyebabkan amalan penapisan kendiri yang meluas dalam kalangan wartawan,” menurut laporan itu.

Turut dinyatakan ialah percanggahan antara Perlembagaan Persekutuan – yang menjamin kebebasan akhbar – dengan undang-undang drakonian seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memberikan kawalan ketat kepada kerajaan terhadap pelesenan media cetak, manakala Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sering digunakan untuk menyekat apa yang dianggap pihak berkuasa sebagai ‘berita palsu’,” tambahnya.

Namun begitu, RSF menyebut terdapat beberapa perkembangan positif, termasuk langkah ke arah penggubalan Akta Kebebasan Maklumat serta penubuhan majlis media.

Laporan itu juga menyebut bahawa wartawan Malaysia berisiko menjadi mangsa kes mahkamah dan kempen fitnah.

“Ancaman terkini terhadap kewartawanan termasuk pendakwaan yang melibatkan kos besar, serbuan polis ke ibu pejabat media, pelanggaran kerahsiaan sumber, dan pengusiran wartawan asing atau pembocor maklumat,” kata RSF.

Pada 27 Januari, Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merampas sebuah komputer riba milik Malaysiakini berikutan siasatan ke atas bekas Ketua Pemuda , Khairy Jamaluddin.

Komputer riba itu dipulangkan semula pada 18 Februari.

Pada bulan Ogos, polis menyoal siasat tiga wartawan Malaysiakini berhubung sumber mereka dalam laporan berkaitan kemungkinan berlaku rombakan di Bukit Aman.

RSF turut mengambil maklum tentang kekangan budaya, dengan menyatakan bahawa media berbahasa Melayu tertakluk kepada penapisan yang lebih ketat.

“Beberapa isu berkaitan , yang sebelum ini dianggap tabu, kini mula dibangkitkan, termasuk isu murtad, perkahwinan bawah umur dan penukaran agama. Kerajaan juga telah mempertingkatkan tindakan terhadap kesalahan berkaitan 3R, yang mengakibatkan beberapa individu ditangkap dan dihukum kerana komen mereka di alam maya,” katanya.

Tahun lalu menandakan kali pertama dalam tempoh tiga tahun Malaysia tidak lagi berada di kedudukan tertinggi bagi negara-negara Asean, apabila Thailand mengatasi dengan berada di tempat ke-87.

Tahun ini, Thailand mengekalkan kedudukan teratas di rantau ini, naik dua anak tangga ke kedudukan ke-85, hanya sedikit mengatasi Malaysia.

Negara Asean ketiga tertinggi ialah Brunei di tempat ke-97, diikuti oleh Filipina (116), Singapura (123), Indonesia (127), Laos (150), Kemboja (161), Myanmar (169) dan Vietnam (173).

Dalam laporan bagi rantau Asia Pasifik, RSF menyatakan rantau ini menempatkan “beberapa negara paling berkuasa dalam hal kawalan media”.

Di rantau ini, kebebasan media disekat oleh rejim autoritarian yang mengawal maklumat melalui kaedah ekonomi, menurut RSF.



Source link