Malaysia Oversight

Disney+ Hotstar Berubah Menjadi Disney+ Di Malaysia Bermula 9 Oktober

By Amanz in October 5, 2025 – Reading time 1 minute
Disney+ Hotstar Berubah Menjadi Disney+ Di Malaysia Bermula 9 Oktober


Disney+ Hotstar Berubah Menjadi Disney+ Di Malaysia Bermula 9 Oktober

October 5, 2025
Lain-lain
Penstriman

Effi Saharudin

Selamat tinggal Disney+ Hotstar dan selamat datang diucapkan kepada Disney+ kerana pada 9 Oktober depan nama perkhidmatan penstriman ini akan berubah secara rasmi. Ini ialah langkah penyeragaman kerana sejak Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021.

Hulu Hub on Disney 1440x810 1

Selain perubahan pada nama, hab Star juga akan diubah nama menjadi hab Hulu selepas ini yang sekali lagi menyelarikannya dengan penawaran dalam aplikasi Disney+ di luar negara. Dalam emel yang dihantar kepada pelanggan, tiada perubahan harga langganan dilakukan. Di Amerika Syarikat harga baru sahaja dinaikkan dua minggu lalu.

Yang masih menjadi misteri ialah sama ada selepas ini pelanggan Disney+ Malaysia boleh menggunakan aplikasi di luar negara untuk menstrima kandungan. Sebelum ini jika aplikasi Disney+ Hotstar dibuka di Amerika Syarikat, aplikasi akan mengatakan perkhidmatan tidak boleh diakses kerana halangan geolokasi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link