Malaysia Oversight

Facebook Kini Turut Mengintegrasikan Sokongan Shopee Affiliate

By Amanz in October 4, 2025 – Reading time 1 minute
Facebook Kini Turut Mengintegrasikan Sokongan Shopee Affiliate


Facebook Kini Turut Mengintegrasikan Sokongan Shopee Affiliate

October 4, 2025
Meta
Niaga

Aman

Selepas YouTube mengintegrasikan ciri Shopee Affiliate beberapa bulan lepas, kini Facebook turut melakukan perkara sama, sekaligus memudahkan para penerbit kandungan tempatan dalam menjana pendapatan apabila barangan Shopee yang dipromosikan mereka terjual. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan kepada pengguna Facebook secara berperingkat.

FB Shopee Affiliate

Melalui integrasi ini juga, Facebook membolehkan promosi dilakukan melalui perkongsian siaran pada platform tersebut, atau turut menambah produk untuk dipromosikan melalui Reels. Seperti biasa, sekiranya pengguna ingin melakukan pembelian, ia akan membawa pengguna ke platform Shopee.

Shopee FB Affiliate 01
Shopee FB Affiliate 02

Buat masa ini, ciri integrasi ini ditawarkan kepada pengguna berumur lebih 18 tahun dan hanya ditawarkan melalui Facebook Page atau halaman profil profesional sahaja. Sekiranya anda mempunyai akaun berkenaan, anda boleh ke halaman penjanaan pendapatan, dan pautkan akaun Shopee Affiliate, dan seterusnya boleh lakukan carian produk dan berkongsi melalui laman sosial berkenaan.

Seperti di YouTube, anda turut boleh melihat komisen yang akan dijana untuk setiap jualan produk, dan melakukan produk yang ingin dipromosikan. Dengan langkah ini juga, kita mungkin melihat penerbit kandungan di platform Facebook atau Meta akan lebih aktif dalam mempromosikan produk-produk Shopee.

Untuk memuiakan proses integrasi Facebook dan Shopee Affiliate, anda hanya perlu ke Papan Pemuka Profesional > Pengewangan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link