Malaysia Oversight

Aktivis dakwa laporan polis, MCMC kes buli siber bocor

By MkiniBM in October 3, 2025 – Reading time 2 minute
Aktivis dakwa laporan polis, MCMC kes buli siber bocor


Seorang pegawai Global Human Rights Federation (GHRF) mendakwa laporan polis dan MCMC yang dibuatnya berhubung buli siber telah “bocor”, sehingga butiran peribadi dirinya dan keluarganya tersebar di dalam talian.

Naib setiausaha GHRF, S Hema – atau dikenali juga sebagai Swashna – memberitahu Malaysiakini dia menyedari perkara itu pagi tadi.

“Akaun TikTok, dengan suara disamarkan, membaca laporan yang saya pernah buat kepada polis, serta aduan yang saya hantar kepada MCMC malam tadi berhubung buli siber.

“(Laporan itu mengandungi maklumat) butiran MyKad saya, MyKad anak perempuan saya, nama suami saya, malah alamat lama kampung halaman saya,” katanya.

Hema berkata dia telah memaklumkan pihak polis yang menyiasat kesnya mengenai kebocoran itu dan kini “meletakkan sepenuh harapan” kepada pihak berkuasa, memandangkan kebocoran maklumat itu telah temeninggalkan kesan emosi mendalam kepada dirinya dan keluarganya.

‘Tiada laporan mengenai kebocoran’

Ketika dihubungi, wakil kepada Ketua Polis Kuala Lumpur berkata Hema masih belum membuat laporan khusus berhubung pendedahan maklumat peribadinya.

“Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Cheras telah bertemu dengan pengadu pada 1 Okt, dan tiada aduan (tentang kebocoran) dibuat.

“Pengadu faham bahawa kes masih dalam siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Hema dilaporkan sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pengguna media sosial yang didakwanya memfitnah serta mengganggu keluarganya, susulan kematian pempengaruh TikTok Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha tahun lalu.

Mengenali Esha secara peribadi, Hemamendakwa meskipun dia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam kes itu, masih ada individu menggunakan media sosial untuk mengugutnya dan menyebarkan tuduhan palsu.

Walaupun sudah membuat laporan polis dan MCMC, Hema kesal tiada tindakan diambil terhadap pelaku yang menurutnya menyebarkan fitnah serta mengeluarkan kata-kata kesat sehingga memberi tekanan emosi kepada dia sekeluarga.

Dalam laporan polis awal yang dibuat September tahun lalu, Hema mendakwa hos sebuah siaran langsung TikTok telah memanggilnya “pelacur”, mengarahkannya menanggalkan pakaian untuk menunjukkan tubuhnya secara dalam talian serta menyuruhnya menyentuh alat sulitnya, selain menuduhnya curang terhadap suami.

Seorang lagi pemilik akaun TikTok turut memanggil Hema “gelandangan” dan menyatakan hasrat untuk menamparnya serta 

Dua individu didakwa dan dihukum

Esha ditemukan mati di Setapak pada 5 Julai tahun lalu, sebulan selepas membuat laporan polis mengenai ugutan jenayah dan fitnah yang diterimanya di media sosial.

Dua individu – B Sathiskumar dan Shalini Periasamy – dihadapkan ke mahkamah tahun lalu berkaitan kesalahan buli siber yang dikaitkan dengan kematian Esha.

Shalini, yang merupakan pemilik rumah kebajikan dan berusia 35 tahun, dikenakan denda RM100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Esha dan ibunya, R Puspa.

Sathiskumar, pemandu lori berusia 44 tahun, pula dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan. Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat kenyataan lucah terhadap Esha menggunakan akaun TikTok.

Pertuduhan kedua pula di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menghina kehormatan seseorang.



Source link