Malaysia Oversight

Gam Yang Membolehkan Tulang Patah Disambung Tanpa Skru Atau Plat Besi Dibangunkan Saintis

By Amanz in October 3, 2025 – Reading time 1 minute
Gam Yang Membolehkan Tulang Patah Disambung Tanpa Skru Atau Plat Besi Dibangunkan Saintis


Gam Yang Membolehkan Tulang Patah Disambung Tanpa Skru Atau Plat Besi Dibangunkan Saintis

October 3, 2025
Sains

Effi Saharudin

Tulang yang patah memerlukan masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam kes yang serius, skru, plat besi dan prosedur pembedahan kompleks diperlukan. Saintis dari Universiti Zhejiang, baru-baru ini mengumumkan mereka telah mencipta “gam tulang” yang boleh menyambungkan semula tulang yang patah tanpa melakukan tiga prosedur di atas.

pratik patel dgkMfwX 45w unsplash

Gam tulang yang diberi nama Bone-02 mengambil masa 2-3 minit sahaja untuk menyambungkan tulang patah walaupun di kawasan berdarah yang menyebabkan gam biasanya tidak boleh digunakan. Idea menghasilkan gam ini datang daripada tiram yang boleh melekat walaupun di bawah permukaan air yang menyukarkan pelekat berfungsi.

Dalam ujian yang dilakukan di makmal, gam hanya gagal selepas diletakkan beban lebih daripada 181 kg, bertahan dengan geseran 0.5 megapascals (MPa) dan tekanan sehingga 10 MPa. Ia juga terbiodegradasi sendiri di dalam tubuh maka prosedur pembedahan susulan tidak perlu dilakukan selepas tulang kembali pulih. Penyelidikan akan diteruskan sebelum Bone-02 boleh digunakan di dunia sebenar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link