Malaysia Oversight

Serangan Siber Menyebabkan Pengeluaran Minuman Keras Syarikat Terkemuka Jepun Terhenti

By Amanz in October 3, 2025 – Reading time 1 minute
Serangan Siber Menyebabkan Pengeluaran Minuman Keras Syarikat Terkemuka Jepun Terhenti


Serangan Siber Menyebabkan Pengeluaran Minuman Keras Syarikat Terkemuka Jepun Terhenti

October 3, 2025
Sekuriti

Effi Saharudin

Dua minggu lalu kami laporkan pengeluaran kenderaan Jaguar Land Rover di UK terhenti selepas kilang menjadi mangsa serangan perisian tebusan. Pengeluaran terhenti lebih 3 minggu sehingga UK memberikan pinjaman kecemasan £1.5 billion bagi mengelakkan syarikat pembekal gulung tikar. Di Jepun lain pula ceritanya kerana serangan siber menyebabkan operasi syarikat minuman keras Asahi tergendala.

wil stewart UErWoQEoMrc unsplash alkohol

Serangan ke atas operasi Asahi Group dikesan pada pagi Isnin lalu menyebabkan sistem pesanan stok dan penghantaran syarikat terhenti sepenuhnya. Secara keseluruhan 30 kilang milik Asahi terkesan oleh serangan yang dipercayai menggunakan perisian tebusan.

Stok minuman keluaran Asahi seperti Super Dry dijangka habis dalam masa beberapa hari di restoran dan pasar raya utama sekiranya operasi tidak kembali semula dalam masa terdekat. Sejak semalam Asahi menguji sistem manual menggunakan kertas pada skala kecil sebagai usaha membekalkan produk yang diperlukan pelanggan.

Syarikat Jepun kerap menjadi mangsa serangan siber kerana sistem keselamatan yang lemah serta mereka kerap membayar tebusan yang diminta oleh penjenayah siber.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link