Malaysia Oversight

Khemah Deepavali roboh akibat salah faham

By MkiniBM in October 3, 2025 – Reading time 2 minute
Khemah Deepavali roboh akibat salah faham


Isu khemah di Brickfields, Kuala Lumpur berpunca daripada salah faham antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bank Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Dia berkata khemah di kawasan itu diganti dengan khemah lebih besar dan kukuh pada malam tadi.

“Semuanya dah selesai. Sebenarnya miscommunication (salah faham) antara DBKL dan juga Bank Rakyat.

“Tetapi ia sebenarnya ada satu perjanjian (antara DBKL dan Bank Rakyat), jadi saya fikir malam ini (semalam) mereka akan menggantikannya, dan khemah itu akan bersaiz lebih besar dan lebih kuat dalam hal itu,” katanya pada sidang media malam tadi selepas menghadiri satu acara di Connexion Conference and Event Centre di Kerinchi, Kuala Lumpur.

dec8535a481fe249f4f7023225c0bdce

Kelmarin, angin dan hujan menyebabkan beberapa khemah di bazar Deepavali Little India, Brickfields roboh.

Menurut gambar dan video yang diperoleh Malaysiakini, khemah-khemah itu berselerak di tengah jalan utama kawasan berkenaan.

Sehari sebelum kejadian, Timbalan Presiden , M , sudah memberi amaran bahawa khemah yang kelihatan daif itu boleh runtuh sebaik sahaja berdepan keadaan cuaca mencabar.

“Musim perayaan Deepavali ini memang musim hujan. Kalau satu kali angin tiup, semua ini akan hilang,” katanya.

6bc6e6027397590e9c673cc78e0eb223

Selepas melawat lokasi bersama ahli Persatuan Peniaga Brickfields, merayu kepada Zaliha dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Sharif, supaya campur tangan dan turun padang melihat keadaan sebenar.

Sistem undian DBKL dipertikai

Mengulas mengenai rungutan peniaga terhadap sistem undian baru DBKL, Zaliha berkata pihaknya akan cuba mengekalkan sistem yang digunakan bagi bazar Ramadan dan Aidilfitri sebelum ini.

“Tetapi mungkin ada sedikit pengubahsuaianlah untuk kita memastikan mereka yang berminat ataupun ada hasrat untuk meniaga itu diberikan keselesaan sepenuhnya. ,” tambahnya.

6183d0671f5b39fe6f6072b6c5e10873

Zaliha dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemilik kedai dan peniaga yang terjejas pada minggu lalu.

Selepas itu dia mengarahkan DBKL menilai semula peraturan yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan mengambil alih kawalan bazar perayaan tersebut.

DBKL sebelum ini berkata usaha menyatukan pengurusan semua bazar perayaan di bandar dibuat kerana berulang kali berlaku pertikaian mengenai pengagihan lot di bawah sistem lama, yang diurus serta diagihkan oleh persatuan peniaga tertentu.

Bagaimanapun, para pemilik kedai berhujah sistem undian baru DBKL menafikan hak mereka untuk berniaga terus di hadapan premis masing-masing.

Menurut laporan The Star, selepas sesi libat urus bersama Zaliha, diputuskan pemilik kedai di sepanjang Jalan Tun Sambanthan dibenarkan berniaga di hadapan premis mereka manakala 44 pemenang undian kekal di kawasan yang ditetapkan.

Zaliha dilaporkan menyifatkan aturan yang dipinda itu sebagai “penyelesaian menang-menang” yang hanya terpakai untuk tahun ini, sambil mengarahkan DBKL mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan sebelum bazar pada masa akan datang.



Source link