WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 3 Bilion Pengguna Setiap Bulan
May 1, 2025
•
Aman
WhatsApp sedia menjadi salah satu medium komunikasi utama dalam bentuk permesejan, alternatif kepada SMS yang popular suatu ketika dahulu. Dengan menggunakan sokongan internet, ia mengurangkan kos menghantar SMS, selain membolehkan pengguna menghantar mesej dengan informasi dan juga media yang lebih pelbagai.
Facebook sebelum ini telah mengambil-alih WhatsApp pada tahun 2014 yang lepas, dengan nilai mencapai $19 bilion. Ketika itu, pelbagai pihak mempunyai reaksi berbeza terhadap situasi berkenaan, namun langkah Mark Zuckerberg dilihat adalah betul, dan aplikasi berkenaan kini mempunyai lebih 3 bilion pengguna aktif setiap bulan.
Angka ini juga meletakkan WhatsApp sebagai antara aplikasi yang mempunyai angka lebih 3 bilion pengguna, selain Facebook.
Meta sendiri kebelakangan ini sedang melihat kepada ciri WhatsApp Business dalam menjana pendapatan menggunakan perkhidmatan berkenaan. Selain itu, Meta juga turut mengintegrasikan sokongan Meta AI pada WhatsApp di beberapa buah negara.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.