Malaysia Oversight

Kerajaan wujud Sovereign AI Cloud bagi pastikan keupayaan AI nasional selamat

By TheSun in October 3, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan wujud Sovereign AI Cloud bagi pastikan keupayaan AI nasional selamat


KUALA LUMPUR: akan mewujudkan Sovereign AI Cloud bagi memastikan keupayaan kecerdasan buatan (AI) nasional yang selamat, berdaulat dan mampu menyokong perkhidmatan serta pembangunan digital negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan beliau pagi tadi.

“Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan MyDigital ID yang perlu dipertingkatkan, status MyGov Malaysia yang memerlukan kerjasama dan sokongan semua kementerian dan agensi.

“Semua gerak kerja ini adalah sebagai persediaan Malaysia ke arah negara AI menjelang 2030,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

berkata mesyuarat berkenaan turut bersetuju dengan cadangan Dasar Kuantum Negara yang akan dimulakan dengan penubuhan Pasukan Kuantum Negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi perkembangan teknologi kuantum serta ancaman Q-Day yang boleh menjejaskan keselamatan data dan infra digital negara.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan – Bernama



Source link