Majlis presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memaklumkan bahawa keahlian Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP) telah terbatal secara automatik susulan keputusan mereka untuk bertanding pada pilihan raya negeri Sabah ke-17 menggunakan logo parti masing-masing.
Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun (gambar bawah) berkata “setelah perbincangan secara terbuka dan ikhlas selama hampir dua jam” semalam, mesyuarat memutuskan mana-mana parti komponen yang memilih untuk meletakkan calon menggunakan lambang sendiri dianggap telah keluar daripada GRS.
Sehubungan itu, calon daripada parti-parti berkenaan tidak lagi mewakili GRS dalam pilihan raya negeri tersebut.
“Pengerusi GRS yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), bersama Presiden parti-parti komponen lain iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS), menghormati keputusan STAR dan SAPP untuk bertanding secara solo dalam PRN-17.

“Dengan keputusan dan tindakan tersebut, keanggotaan STAR dan SAPP dalam GRS dengan sendirinya tamat,” kata Masidi.
[Berita penuh menyusul]






