Malaysia Oversight

Tahanan aktivis Sumud Flotila akan diusir ke Eropah

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Tahanan aktivis Sumud Flotila akan diusir ke Eropah


Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa aktivis yang ditahan daripada Flotila Global Sumud akan diusir tidak lama lagi.

Merujuk kepada aktivis itu sebagai “penumpang Hamas-Sumud”, kementerian berkenaan turut mengesahkan mereka berada dalam keadaan ‘selamat, sihat’ dan sedang dibawa ke Israel.

“Penumpang Hamas-Sumud di atas kapal layar mereka sedang menuju dengan selamat dan aman ke Israel, di mana prosedur pengusiran ke Eropah akan bermula. Penumpang berada dalam keadaan selamat dan sihat,” kata kementerian itu di platform X hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan tentera laut Israel menaiki dua kapal GSF – Alma dan Sirius – pada jam 9.44 malam waktu Gaza (2.44 pagi waktu Malaysia) ketika ia sedang belayar melalui Zon Merah R3 yang berisiko tinggi di Laut Mediterranean.

5d985b2a1e1a7c1ca298e58dc5526e3e

Mereka yang berada di atas kapal berkenaan datang dari pelbagai negara. Alma membawa aktivis kemanusiaan Malaysia Musa Nuwayri, Iylia Balqis Suhaimi dan Sul Aidil manakala Sirius pula menempatkan Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, dan Rusydi Ramli.

Menurut Bernama, Pusat Komando Sumud Nusantara (SNCC) melaporkan bahawa Morgana mengesahkan secara visual pemintasan Zionis ke atas Alma manakala Sirius menerima isyarat mayday dan pengesahan visual daripada Grande Blue.

Bagaimanapun, tiada sebarang isyarat SOS diterima oleh kedua-dua kapal tersebut.

Sebelum ini, SNCC juga melaporkan komunikasi terputus dengan sembilan rakyat Malaysia yang berada di atas empat kapal dalam flotila berkenaan.

b683f4ef256eb9e8a8c8ca3cbab62dc9

Selain mereka di atas Alma dan Sirius, dua lagi delegasi – penyanyi Zizi Kirana di atas kapal Huga dan pelakon Ardell Aryana di atas Mikeno – turut gagal dihubungi.

‘Abai hati nurani dunia’

Perdana Menteri Ibrahim mengecam tindakan Israel, menegaskan kapal-kapal terbabit hanya membawa bekalan kemanusiaan penting untuk rakyat Palestin di Gaza.

Tegasnya tindakan itu mencerminkan pengabaian Israel bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, tetapi juga hati nurani sejagat.

1150b48ce16d3a43ebb9c143470bb8d4

Terdahulu, satu demonstrasi diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur susulan tindakan Israel itu.

Namun, berlaku kekecohan antara penunjuk perasaan dan polis, yang menyaksikan dua orang ditahan.



Source link