Malaysia Oversight

Pemuda jangan keruhkan keadaan, berlagak hero, kata Kah Leong

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda jangan keruhkan keadaan, berlagak hero, kata Kah Leong


Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong mengingatkan kumpulan pemuda supaya jangan sesekali mengeruhkan keadaan, atau menambahkan masalah susulan tindakan Israel yang menahan aktivis Malaysia dan sukarelawan bantuan kemanusiaan untuk Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), hari ini.

Katanya, jika kumpulan pemuda tidak mampu membantu, mereka seharusnya mendoakan agar semua tahanan kekal selamat.

“Sebagai pemuda, jangan kita sesekali keruhkan keadaan, tambahkan masalah, berlagak hero, ataupun menatijahkan ahli keluarga pemangsa menjadi lagi rimas.

“Kalau tidak mampu membantu, mendoa-doakanlah agar semua tahanan khususnya warganegara Malaysia kekal selamat.

“Setiap orang ada ahli keluarga masing-masing, cuba bayangkan perasaan anda kalau yang ditahan itu adalah ahli keluarga sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Woo jelas merujuk kenyataan Ketua Pemuda , Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini yang mendesak agar membatalkan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean hujung bulan ini jika rakyat Malaysia yang ditahan itu tidak dibebaskan.

11afcd7cbbbb06209c37e7d7b613897e
Dr Muhamad Akmal Saleh

Jika tidak, katanya, Pemuda seluruh negara akan turun membantah di hadapan secara besar-besaran semasa lawatan presiden itu ke Kuala Lumpur hujung bulan ini.

“Biar kita berdepan dengan secara terus! Sakiti mereka (aktivis GSF) sama dengan sakiti kami semua rakyat Malaysia. Bebaskan aktivis global sumud flotilla,” kata Merlimau itu.

Mengulas lanjut, Woo berkata, sejak awal hari ini, Perdana Menteri, Ibrahim sudah pun memberikan maklum balas segera berhubung kejadian melibatkan GSF.

454a6c0462427b5aa3ea7687d3a78915

“Seawal subuh pagi, PMX () sudah memberikan maklum balas dalam kadar segera dan bukannya menunggu orang lain untuk menyediakan teks ucapan.

“Tidak ada karenah birokrasi dan tiada bahasa berbunga-bunga yang kabur. Kenyataan rasmi yang berperingkat negara telahpun dikeluarkan serta-merta dan pendirian negara kita adalah cukup jelas, yakni bebaskan semua tahanan,” katanya.

Sehubungan itu, tambah Woo, adalah wajib untuk semua pihak berperanan sebagai benteng kepada untuk memaksimumkan kekuatannya dalam berunding di peringkat antarabangsa.

“Hanya ada satu musuh di depan mata kita, iaitu Israel,” katanya.

bed68b85d0bac51d2d3478c5ac3eb3c0



Source link