
BOE Turut Menyertai Arena Pembangunan Robotik Untuk Industri Dan Perisian Kecerdasan Buatan
Aman
BOE merupakan nama yang tidak asing berpusat di China, yang terkenal dengan pembangunan panel dan skrin untuk peranti. Salah satu jenama popular yang menggunakan penyelesaian BOE adalah Apple pada peranti mereka.
Kini, selain daripada panel paparan, BOE turut membentuk sebuah subsidiari baharu memfokuskan kepada pembangunan robotik dan juga perisian kecerdasan buatan. BOE dilihat lebih memfokuskan kepada pembangunan robotik menyasarkan perusahaan dan bukannya untuk pengguna awam.
Langkah BOE ini juga dilihat selari pelbagai syarikat di China yang turut melabur dalam arena ini. China pada hari ini memegang majoriti pegangan pasaran dalam arena robotik, dan menyasarkan pasaran berkenaan akan terus berkembang positif untuk tahun-tahun akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






