Malaysia Oversight

Penunjuk perasaan sekat jalan ke kedutaan Amerika

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Penunjuk perasaan sekat jalan ke kedutaan Amerika


Himpunan anti-Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara kecoh susulan ketegangan dengan polis kerana peserta menyekat laluan keluar masuk ke bangunan itu.

Demonstrasi anjuran sebuah badan bukan (NGO) itu bagi menyatakan bantahan terhadap penahanan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) pagi ini.

Ketegangan sedikit tercetus apabila pihak polis cuba meleraikan tindakan peserta demonstrasi daripada menghalang lalu lintas.

Terdapat juga peserta yang ditahan kerana mencetuskan provokasi, namun tidak dapat dipastikan sama ada dibawa ke balai ataupun tidak.

[Laporan penuh menyusul]

7d6053272859ab55f88c86625c8c0349
60c874ac49134d7f9c5630960a571bbc



Source link