Malaysia Oversight

Pemuda Umno nak ‘berdepan dengan Trump secara terus’

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda Umno nak 'berdepan dengan Trump secara terus'


Pemuda menggesa memberi pertimbangan untuk membatalkan jemputan rasmi negara kepada Presiden Donald sekiranya aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza tidak dibebaskan segera oleh Israel.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata tindakan rejim yang kini terus mengenakan sekatan ke atas Gaza itu adalah tidak boleh diterima.

bed68b85d0bac51d2d3478c5ac3eb3c0

Katanya, jika tidak membatalkan jemputan ke atas ketika aktivis kemanusiaan Malaysia tetap ditahan, Pemuda akan menggerakkan bantahan besar-besaran semasa Presiden AS itu berada di Kuala Lumpur.

“Kami mendesak agar membatalkan jemputan ke Malaysia, atau kami – Pemuda di seluruh negara – akan turun membantah di hadapan Trump secara besar-besaran semasa lawatannya ke Kuala Lumpur.

“Biar kita berdepan dengan Trump secara terus! Sakiti mereka (rakyat Malaysia) sama dengan sakiti kami semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Ia menyusul selepas media melaporkan tentera rejim Zionis memintas dan menahan kapal-kapal yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang cuba memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza.

Sejumlah rakyat Malaysia yang menaiki kapal-kapal tersebut sudah terputus hubungan dan dipercayai ditahan tentera Israel. Antaranya penyanyi Zizi Kirana, serta peserta lain –Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli.

Status aktivis lain yang menaiki kapal berasingan pula belum diketahui setakat ini – PU Rahmat, Norhelmi, Asmawi dan Norazman, yang berada di Estrella, serta pelakon Ardell Aryana di Mikeno – masih tidak diketahui.

42842e1326cd613da46c6ebc5145f2d6

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengutuk keras tindakan zalim Israel dan berjanji untuk mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel.

“Kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka (rakyat Malaysia) dicabuli,” katanya.

Sementara itu, Pemuda menganjurkan perhimpunan bantahan atas insiden itu di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada petang ini. Ia dijadualkan berlangsung mulai jam 4 petang.

Menurut poster yang dimuat naik di laman Facebook mereka, orang ramai diminta berkumpul di The Linc KL sebelum bergerak beramai-ramai menuju ke kedutaan berkenaan.



Source link