Malaysia Oversight

K’jaan tak boleh cuci tangan isu Meta gantung FB M’kini

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 3 minute
K'jaan tak boleh cuci tangan isu Meta gantung FB M'kini


membidas berhubung penggantungan sementara halaman Facebook Malaysiakini oleh Meta, dengan memberi amaran bahawa tidak boleh berdiam diri apabila tindakan terhadap media dilihat keterlaluan dan bercanggah dengan pendirian sendiri.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata insiden itu bercanggah sepenuhnya dengan idealisme reformasi yang dilaungkan mana-mana pemimpin atau gerakan yang mahu membawa perubahan sebenar.

“Walaupun tindakan sekatan itu diambil oleh Meta dengan dakwaan Malaysiakini telah melanggar standard komuniti, namun mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk memastikan apa-apa juga tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak tidak bersifat sewenang-wenang, apatah lagi bertentangan dengan undang-undang negara dan juga pendirian kerajaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

42d62bd48bb4a5b1c89097b400633269

Takiyuddin turut menekankan bahawa tindakan terhadap Malaysiakini bukan kes terpencil, dengan merujuk kepada kompaun RM100,000 yang baru-baru ini yang dikenakan MCMC ke atas penerbit Sin Chew Daily dan Sinar Harian.

Rangkaian insiden sebegini, katanya, menimbulkan kebimbangan sah tentang hala tuju negara dalam konteks kebebasan media dan hak menyuarakan pendapat.

“Ia jelas menunjukkan pendirian kerajaan yang kelihatan seseolah semakin anti-demokrasi dan anti-media yang cenderung untuk menyekat kebebasan bersuara dan hak memberi pandangan.

“Sikap sebegini tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara yang mendukung demokrasi,” katanya.

Dia memberi amaran bahawa agenda reformasi yang sering dicanang tidak akan berlaku, tumbuh subur dan berakar dalam masyarakat jika ruang untuk menyuarakan pandangan alternatif bukan sahaja tidak diraikan, malah disekat dan diancam.

“Media bebas dan pandangan kritis adalah komponen penting dalam proses semak dan imbang bagi memastikan kerajaan sentiasa telus, bertanggungjawab, selain jujur terhadap dasar serta cita-cita pembaharuan,” kata ahli parlimen Kota Bharu itu.

Dua halaman Facebook milik Malaysiakini digantung pada Selasa lalu, hanya beberapa jam selepas portal berita itu menyiarkan laporan mengenai rangkaian 263 akaun Facebook yang didakwa terbabit dalam kempen terasusun menaikkan sokongan terhadap Perdana Menteri Ibrahim.

Semalam, Menteri Komunikasi Fadzil berkata kementeriannya dan MCMC tidak bertanggungjawab berhubung penggantungan itu, yang berlangsung kira-kira tiga jam sebelum halaman berkenaan dipulihkan.

juga mendakwa pejabat Meta di Singapura memaklumkan bahawa Malaysiakini tidak mengajukan soalan khusus mengenai penggantungan halamannya.

Namun, bercanggah dengan dakwaan , Malaysiakini sebenarnya segera menghubungi wakil Meta melalui WhatsApp dan e-mel untuk bertanyakan mengenai penggantungan tersebut serta puncanya.

8dd2888e37d10b3b907f283c09acb6d6

Mengulas pendedahan Malaysiakini berhubung rangkaian tentera siber di Facebook , Takiyuddin turut mengecam usaha mewujudkan iklim sokongan palsu untuk dijadikan ukuran atau justifikasi bagi keberhasilan kerajaan.

“Iklim anti-kritik dan tindakan keras yang diambil terhadap pengkritik bukanlah wajah kepimpinan dan pentadbiran demokratik.

“Sebaliknya ia lebih menyerupai ciri-ciri sebuah rejim autokratik, anti-demokrasi, malah bersifat kakistokrasi yang tidak mempunyai tempat di mana-mana negara bertamadun masa kini,” katanya.

Tambahnya, sekatan terhadap suara kritikal dan pembinaan sokongan palsu hanya akan membawa negara ke arah kemunduran dan pembodohan rakyat.

“Selain itu, ia juga meracuni semangat asas demokrasi dan ketamadunan manusia yang sepatutnya dibajai oleh semua pihak, terutamanya oleh kerajaan,” tegasnya.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini menafikan sebarang pengetahuan atau penglibatan dalam rangkaian itu, dengan menyatakan “tiada asas atau keperluan” untuk mengarahkan MCMC menyiasat serta menegaskan bahawa tiada dana awam digunakan dalam operasi tersebut.



Source link