Malaysia Oversight

Sabah bimbang penahanan Zizi Kirana, Sul Aidil

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Sabah bimbang penahanan Zizi Kirana, Sul Aidil


Sabah hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan dua anak negeri itu, Zizi Kirana dan Sul Aidil, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata negeri amat prihatin dengan situasi semasa dan menyifatkan penglibatan serta keberanian terbabit dalam misi tersebut sebagai tindakan yang membanggakan rakyat Sabah dan Malaysia.

negeri yakin Perdana Menteri ( Ibrahim) dan Menteri Luar (Mohamad Hasan) akan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi membantu pembebasan segera semua sukarelawan Malaysia yang ditahan.

“Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook di Kota Kinabalu hari ini.

Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan politik untuk bersatu menunjukkan solidariti terhadap isu kemanusiaan ke Gaza.

Setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

Mereka termasuk Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma.

Bernama



Source link