Malaysia Oversight

Mengapa Muhyiddin mesti keluar dari bayang-bayang

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 6 minute
Mengapa Muhyiddin mesti keluar dari bayang-bayang


Politik Malaysia kini menyaksikan sebuah sandiwara yang menjijikkan – parti yang dibina atas dasar prinsip dan reformasi kini bergelumang dalam krisis kepimpinan yang memalukan. Bersatu, parti yang lahir dari kekecewaan terhadap korupsi , kini ironisnya menghadapi dilema yang sama – pemimpin yang enggan melepaskan kuasa walaupun jelas tidak mampu memimpin dengan berkesan.

Yassin, arkitek sebenar Bersatu dan bekas perdana menteri kelapan, kini terpaksa menonton partinya sendiri runtuh dari dalam. Tetapi inilah masanya untuk beliau keluar dari zon selesa dan mengambil alih jawatan ketua pembangkang daripada Hamzah Zainuddin – satu langkah yang sepatutnya dibuat sejak dahulu.

Sebelum Perhimpunan Agung Tahunan 2025, sudah tersebar bisikan di koridor kuasa bahawa Bersatu kehilangan arah. , yang sepatutnya menjadi nakhoda, malah memilih untuk berperanan sebagai ‘elder statesman‘ yang memberikan nasihat dari belakang. Sementara itu, Hamzah yang diberi mandat sebagai ketua pembangkang oleh kelihatan seperti seorang yang cuba untuk mendominasi parlimen mahupun parti tanpa menoleh ke belakang lagi.

Ironinya, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 mendedahkan kelemahan yang telah lama disembunyikan. Perbahasan yang sepatutnya membina malah menjadi ajang pertembungan ego. Yang lebih memalukan, tiada seorang pun yang berani mempersoalkan mengapa pemimpin paling berpengalaman dalam parti – Muhyiddin sendiri – tidak berada di barisan hadapan, terutamanya di parlimen.

Selepas perhimpunan, situasi menjadi lebih kacau. Azmin Ali yang pernah dianggap sebagai ‘kingmaker‘ kelihatan semakin tidak relevan, manakala Tun Faisal Ismail Aziz terpaksa memainkan peranan sebagai ‘peacemaker‘ dalam parti yang dipenuhi ego. Hamzah pula, walaupun berusaha keras, jelas tidak mempunyai graviti politik yang diperlukan untuk menyatukan saf dalam parti mahupun dalam parti gabungan.

Kemuncaknya tiba dengan sidang media Wan Saiful Wan Jan yang membongkar aib dalaman parti. Tetapi reaksi kepimpinan parti terhadap kritikan ini lebih memalukan – bukannya introspeksi, mereka malah sibuk dengan damage control dan spin.

Realiti pahit: Hamzah bukanlah jawapan

Hamzah Zainuddin, walaupun seorang yang berwibawa, jelas bukan kaliber yang diperlukan untuk menjadi ketua pembangkang. Pengalaman beliau sebagai mantan menteri dalam negeri memang berharga, tetapi menghadapi Ibrahim di Parlimen memerlukan lebih dari sekadar pengetahuan prosedur. Ia memerlukan karisma, pengalaman eksekutif, dan yang paling penting – kredibiliti yang tidak boleh dipertikaikan.

3fa634eec3670e9e8319fa6ef026dbb2
Hamzah Zainuddin

Setiap kali Hamzah bangkit untuk membahaskan isu di Parlimen, ia kelihatan seperti David cuba melawan Goliath tanpa batu. , dengan pengalaman puluhan tahun sebagai ahli parlimen dan bekas timbalan perdana menteri, mudah sahaja mempermainkan Hamzah. Ini bukan mengenai kemampuan peribadi Hamzah, tetapi mengenai liga yang berbeza.

Yang lebih menjengkelkan, kenapa Bersatu masih mengekalkan seorang yang jelas tidak sepadan dengan lawan di hadapan, sementara menyimpan aset terbesar mereka di belakang? Ini sama seperti pasukan bola sepak yang meletakkan pemain terbaik mereka di bangku simpanan.

Satu-satunya pilihan rasional

Muhyiddin bukan sekadar ahli politik biasa. Beliau adalah produk sistem politik Malaysia yang telah teruji melalui pelbagai era – dari zaman Mahathir Mohamad yang pertama, Abdullah Badawi, Najib Razak, hingga Mahathir kali kedua. Tiada pemimpin lain dalam Bersatu yang mempunyai portfolio sebegini luas dan mendalam.

Sebagai bekas menteri pelajaran, menteri dalam negeri, timbalan perdana menteri, dan akhirnya perdana menteri kelapan, Muhyiddin mempunyai pengalaman eksekutif yang tidak dapat dipertikaikan. Lebih penting lagi, beliau adalah arkitek sebenar Bersatu – parti ini wujud kerana visi dan keberanian beliau untuk keluar dari ketika ramai yang masih takut.

Ketika Wan Saiful dan yang lain mempersoalkan pelan peralihan kepimpinan parti, mereka sebenarnya mempersoalkan mengapa Muhyiddin tidak berada di tempat yang sepatutnya – di barisan hadapan memimpin pembangkang. Sedangkan beliau telah membuktikan keupayaannya menggulingkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton. Jika beliau boleh melakukan itu, mengapa tidak boleh memimpin pembangkang dengan berkesan?

Apabila berbicara mengenai siapa yang layak menjadi perdana menteri kesebelas selepas , hanya ada satu nama dari Perikatan Nasional yang mempunyai kredibiliti – Muhyiddin. Ini bukanlah mengenai populariti atau politik persepsi, tetapi mengenai track record dan pengalaman.

Anwar mungkin mempunyai karisma dan sokongan akar umbi, tetapi Muhyiddin mempunyai sesuatu yang lebih berharga – pengalaman menjalankan negara dalam masa krisis. Beliau memimpin Malaysia melalui pandemik Covid-19, membuat keputusan-keputusan sukar yang menyelamatkan ekonomi dan nyawa rakyat. Ini adalah jenis kepimpinan yang diperlukan, bukan retorik politik yang kosong.

Tetapi bagaimana rakyat boleh melihat Muhyiddin sebagai alternatif yang berwibawa jika beliau sendiri tidak berani tampil ke hadapan? Bagaimana beliau boleh mengakui layak menjadi PM jika beliau tidak sanggup menjadi ketua pembangkang? Ini adalah kontradiksi yang membingungkan.

Zon selesa yang berbahaya

Masalah sebenar Muhyiddin bukanlah keupayaan, tetapi keengganan untuk keluar dari zon selesa. Sebagai presiden parti, beliau boleh membuat keputusan tanpa perlu berhadapan dengan kritikan harian di Parlimen. Sebagai ketua pembangkang, beliau terpaksa berdepan dengan Anwar setiap hari, mempertahankan setiap kenyataan, dan menjadi sasaran serangan politik.

Tetapi inilah yang diperlukan oleh Bersatu dan PN. Mereka memerlukan pemimpin yang sanggup kotor tangan, bukan pemimpin yang hanya pandai memberikan arahan dari belakang. Politik Malaysia bukan permainan catur–grandmaster boleh duduk jauh dan menggerakkan buah catur. Ia adalah pertarungan gladiator, pemimpin mesti turun ke arena, berdepan dan bersemuka.

Keengganan Muhyiddin untuk mengambil alih jawatan ketua pembangkang adalah pengakuan tersirat bahawa beliau takut kepada Anwar. Dan jika beliau takut kepada Anwar di Parlimen, bagaimana beliau boleh mengakui mampu mengalahkan Anwar dalam pilihan raya umum akan datang?

Aset yang tersia-sia

Azmin Ali, yang pernah menjadi harapan besar Bersatu, kini kelihatan seperti pemain yang kehilangan tempat dalam skuad. Pengalaman beliau sebagai menteri besar dan menteri ekonomi sepatutnya dijadikan aset, tetapi sebaliknya beliau dipinggirkan dalam politik dalaman parti yang pelik.

Jika Muhyiddin mengambil alih sebagai ketua pembangkang, Azmin boleh memainkan peranan penting sebagai strategis dan penasihat. Pengalaman beliau dalam menguruskan dan memahami dinamik politik PH adalah tidak ternilai. Tetapi dalam struktur semasa, beliau hanya menjadi penonton dalam permainan yang sepatutnya beliau sertai.

e110304490f5aa7e74b90763478bed4a
Azmin Ali

Ini bukan bermakna Hamzah tidak penting. Hamzah, dengan pengalaman beliau sepatutnya memainkan peranan dalam strategi parlimen dan hal ehwal perlembagaan. Beliau juga boleh memfokuskan kepada pembangunan dasar dan perancangan strategik dan penyatuan dalaman parti.

Tetapi meletakkan Hamzah sebagai ketua pembangkang adalah seperti meletakkan seorang arkitek untuk melakukan kerja jurutera struktur – mungkin boleh, tetapi bukan yang terbaik. Setiap orang mempunyai kekuatan masing-masing, dan adalah tanggungjawab kepimpinan untuk meletakkan orang yang betul di tempat yang betul. Kegagalan Bersatu sekarang lebih kepada ramai ‘all star‘ tapi gagal menyumbang kerana diberi peranan yang tidak kena dengan tempatnya.

Jika Muhyiddin terus enggan mengambil jawatan ketua pembangkang, implikasinya akan menjadi bencana untuk Bersatu dan PN. Rakyat akan melihat ini sebagai parti yang tidak serius untuk menjadi kerajaan. Bagaimana mereka boleh mempercayai parti yang pemimpinnya sendiri tidak berani berdepan dengan cabaran?

Lebih teruk lagi, ini akan memberikan kelebihan politik yang besar kepada Anwar dan PH. Mereka boleh dengan mudah menyerang PN sebagai koalisi yang tidak mempunyai pemimpin yang berani dan berwibawa. Dan serangan ini akan tepat sasaran kerana ia berdasarkan realiti.

Masa untuk keputusan berani

Muhyiddin Yassin mesti berhenti bermain selamat dan mengambil alih jawatan ketua pembangkang. Ini bukan mengenai ego atau politik peribadi, tetapi mengenai masa depan parti yang beliau sendiri bina. Bersatu memerlukan pemimpin yang sanggup berhadapan dengan api, bukan pemimpin yang bersembunyi di belakang orang lain.

Jika beliau benar-benar percaya bahawa beliau layak menjadi perdana menteri akan datang, maka buktikanlah dengan menjadi ketua pembangkang yang berkesan. Rakyat Malaysia tidak memerlukan lagi pemimpin yang penakut. Mereka memerlukan pemimpin yang berani, berpengalaman, dan sanggup mempertaruhkan segalanya untuk negara.

Muhyiddin mempunyai semua kualiti yang diperlukan. Yang tinggal hanyalah keberanian untuk menggunakannya. Dan jika beliau tidak mempunyai keberanian ini, maka mungkin sudah tiba masanya untuk Bersatu mencari pemimpin baharu yang sanggup merempuh badai.

Politik bukan untuk yang lemah hati. Dan Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang lemah hati.


AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI adalah mantan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), mantan ketua pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM) serta penulis buku Managing Malaysia as Tun Mahathir.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link