Malaysia Oversight

Lagi rakyat Malaysia ditahan termasuk Zizi Kirana, Heliza Helmi

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Lagi rakyat Malaysia ditahan termasuk Zizi Kirana, Heliza Helmi


Empat lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Flotila Sumud Global (GSF) disahkan dipintas tentera Zionis di perairan Gaza pagi ini.

Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, selain Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di atas kapal Grande Blu.

Menurut sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Grande Blu dipintas pada jam 12.58 tengah malam waktu Gaza, manakala Hio pada jam 2.34 pagi di kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.

Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC selepas kapal terbabit dipintas.

Mereka termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma; serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli yang menaiki kapal Sirius.

SNCC memaklumkan setakat ini, 10 kapal berada pada status “diserang” manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat “kecemasan”.

Bernama



Source link